Sepanjang Ramadan, waktu bekerja penjawat awam Pahang sehingga 12.30 tengah hari setiap Jumaat

Sepanjang Ramadan, waktu bekerja penjawat awam Pahang sehingga 12.30 tengah hari setiap Jumaat

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, waktu berkerja juga akan diubah sedikit. Ini melibatkan individu yang bekerja di sektor awam dan swasta bagi memudahkan mereka memberi fokus kepada ibadah sepanjang bulan mulia ini.

Mengambil satu langkah yang lebih proaktif , waktu bekerja pejawat awam di Negeri Pahang telah dipendekkan sehingga 12.30 tengah hari pada Jumaat sepanjang bulan Ramadan.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook beliau.

Screenshot 2024 03 10 At 11.09.16 Am

Penetapan waktu berkerja baharu sempena bulan Ramadan itu telah mendapat perkenan  dan titah dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Menteri Besar Pahang dalam kenyataan itu turut memaklumkan waktu bekerja ini melibatkan pejawat awam di semua jabatan negeri, pejabat-pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

Screenshot 2024 03 10 At 11.09.57 Am