“Nak lebih, tanya lepas cerai” – Sarah Yasmine dedah status hubungan terkini dengan Aliff Aziz
Kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sudah tidak lagi berhubung dengan pelakon dan penyanyi berkenaan.
Sarah, 24, memberitahu kali terakhir mereka berhubung adalah pada 22 April lalu iaitu hari dia membuat pelbagai pendedahan tentang hubungan mereka di media sosial.
Tidak hanya itu, wanita asal Singapura itu juga sudah menyekat Aliff daripada semua akaun media sosial bagi mengelakkan pelakon itu menghubunginya.
“Hari saya keluarkan kenyataan itu adalah hari terakhir saya berhubung dengannya dan menyekat dia,” katanya.
Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui mStar pada petang Sabtu.
Menjelaskan tindakannya itu, Sarah berkata, dia tidak mahu sebarang komunikasi di antara mereka dihidu oleh Ruhainies kerana tahu Aliff akan berbincang dengan pelakon tersebut.
Sarah berkata, dia juga mahu fokus dalam membongkarkan perbuatan dan sikap sebenar Ruhainies.
“Saya tahu apa-apa yang akan dia cakap pasti ada berbincang dengan Ruhainies. Jadi saya tak mahu ikut kebodohan mereka.
“Sejujurnya saya mati-mati nak kenakan Ruhainies sahaja,” ujarnya.
Berkongsi status sebenar hubungannya dengan Aliff, Sarah memberitahu ketika ini mereka tidak lebih daripada sekadar seorang rakan biasa.
Kata Sarah, dia juga sedar Aliff masih berstatus suami kepada Bella Astillah dan masih mengetahui batasannya sebagai orang ketiga.
“Kalau dia nak lebih daripada sekadar kawan, dia boleh tanya saya semula selepas dia bercerai nanti.
Tidak (lamaran) tapi saya tahu batas saya.
i dia punya teman wanita atau tidak tapi saya tahu batas saya,” jelasnya.
Sebelum ini, Sarah memuat naik rakaman suara Aliff yang kedengaran merayu kepadanya agar diberi peluang kedua untuk memperbaiki hubungan mereka.
Menerusi rakaman berkenaan, Aliff menangis teresak-esak sehingga sanggup menyerahkan telefon bimbit yang dianggap sebagai hak privasi dirinya.
“Ikhlas di hati, awak sayang saya lagi? Awak masih sayang saya kan? Ada peluang untuk saya perbaiki.
“Saya beri awak telefon saya. Lakukan apa sahaja awak nak. Tanya apa sahaja. Benda paling rahsia adalah di telefon,” rayu suara Aliff dalam rakam tersebut.
Isu membabitkan Aliff kembali panas apabila Sarah muncul mendedahkan dia adalah kekasih gelap pelakon itu sejak Januari lalu.
Sejak itu, Sarah banyak mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan seorang individu dinamakan sebagai NRF.
Pendedahan itu tidak terhenti di situ apabila ia turut mengaitkan beberapa nama selebriti tempatan lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Fuad Rahman dan Caprice.
Terbaharu, Sarah juga mendakwa pernah berhubungan rapat dengan Meerqeen selepas bintang muda itu memberitahu hubungan mereka sekadar sebagai artis dan peminat.
Sarah juga turut mendedahkan beberapa tangkap layar perbualannya dengan Meerqeen di Instagram.
Kontroversi Aliff dan Ruhainies mula hebat diperkatakan apabila mereka dicekup berkhalwat pada 9 Mac lalu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan kejadian tersebut, Bella yang sudah berulang kali dicurangi Aliff memfailkan cerai terhadap pelakon itu secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Pada sebutan kedua kes berkenaan pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella atas alasan masih sayangkan isteri dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.