Foto mayat Tangmo Nida tersebar di laman sosial, ada yang nampak macam kena jerut?

Foto mayat Tangmo Nida tersebar di laman sosial, ada yang nampak macam kena jerut?

 

KISAH kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Terbaharu tular beberapa keping foto memperlihatkan keadaan mayat aktres berkenaan selepas ditemui oleh pihak berkuasa pada Sabtu lalu.

Menerusi laman Twitter dan Telegram, foto ngeri dipercayai mayat Tangmo itu tersebar meluas hingga mengundang simpati netizen.

Terbaharu, tular di media sosial beberapa keping foto di tempat kejadian lemas yang didakwa milik pelakon terkenal itu.

Foto mayat Tangmo tersebar

Foto yang tular di laman sosial media itu memaparkan tubuh seorang wanita yang dipercayai Tangmo ditemui dalam keadaan yang tidak sempurna serta mengalami kecederaan teruk pada beberapa bahagian di badan.

Apa yang membuatkan orang ramai sebak ialah wajah Tangmo dilihat turut membengkak berwarna hitam sehingga tidak dapat dikenal pasti jika dilihat dengan mata kasar. Selain itu tular juga foto kesan luka di bahagian kaki seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan foto tersebut namun ada yang mendakwa ianya foto sebenar berdasarkan pakaian yang dipakai Tangmo ketika malam kejadian.

Foto tersebar

Menjengah laman Twitter, rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati dan terkejut apabila melihat foto berkenaan.

“Seriau tengok mayat Tangmo. Sampainya hati manusia tu biar dia lemas. Takutnya!

“Seram tengok gambar mayat Tangmo. Sampai hilang muka cantik dia.

“Kalau tengok gambar tu macam kena bunuh, nampak macam mendiang kena jerut di leher,” tulis netizen.

Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Dalam perkembangan lain, pihak polis sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.