“Welcome to the world sayangku” – Uqasha Senrose selamat bersalin bayi perempuan, pilih nama Uqaira

“Welcome to the world sayangku” – Uqasha Senrose selamat bersalin bayi perempuan, pilih nama Uqaira

 

Pelakon Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.72 kilogram pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Uqasha menerusi Instagram.

Menerusi hantaran itu, Uqasha turut berkongsikan nama anak sulungnya yang diberi nama Uqaira.

“Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi.

“Welcome to the world sayangku, i love u so much Uqaira sayang 27/4/2024 2.72kg,” tulisnya.

Uqasha selamat melahirkan bayi perempuan diberi nama Uqaira, pagi tadi. - Foto IG Uqasha Senrose

Terdahulu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, memang impikan cahaya mata perempuan dan pengumuman jantina bayi didedahkan dalam satu acara, baru-baru ini.

Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran dua kali.

Kali pertama keguguran kerja mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022.