Netizen ‘kembang tekak’ lihat penyediaan makanan restoran ternama, makanan terbiar atas dapur
Beberapa video memaparkan keadaan kebersihan penyediaan makanan didakwa di sebuah restoran ternama Kg Baru menjadi bualan netizen. Mana tidaknya, video tersebut menunjukkan penyediaan makanan tidak bersih dengan ayam diletakkan begitu sahaja di atas dapur dan melenyek kentang menggunakan botol serta lantai yang basah.
Kepala otak dia letak ayam macamtu. pic.twitter.com/D1wV1Fhaer
— 10K (@antaintiom) January 25, 2022
Video tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat kebersihan makanan di restoran tersebut. Malah, para netizen turut tidak sangka pekerja di restoran itu tidak menitik beratkan aspek kebersihan.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengecam tindakan pekerja di restoran terbabit kerana sewajarnya menghidangkan makanan yang bersih kepada pelanggan dan bukan sebaliknya.
Amik air bubuh kat minyak nie untuk apa ?nampak meriah ke ???
lepas tu dorang nie tak tahu ke apa dorang buat salah contohnyaa makanan letak kat lantai macam tu ?? https://t.co/LxMUFoUD1P
— fawwah (@farrashafeka) January 26, 2022
Jangan buka kedai makan kalau kau pun tak lalu makan apa yg kau masak ya. Unless kau memang pengotor, bedal apa je https://t.co/7tb2epbRm6
— nona manis (@nyonyasalina) January 26, 2022
Pengotornya. Dah biasa kat rumah jadi pengotor, kat tempat cari rezeki pun perangai macamtu. Tutup jelah kedai. 🤢🤢 https://t.co/stGHqfvz0G
— 𝙶𝚑𝚊𝚣 🇲🇾 (@wawinnnnnnn) January 26, 2022
Pergi sekali je masa diploma dulu. Lantai dia banyak sangat lipas sampai kena bersila atas kerusi sbb geli. Mmg never ever repeat dah https://t.co/GdbhqMOBN6
— 🌼ديني🌼 (@daisysyz) January 26, 2022
Tidak hanya itu, para netizen juga mahu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat isu yang tular ini. Menerima kecaman ramai, pemilik video telah memadamkan video-video suasana tempat bekerjanya itu dan menjelaskan hal sebenar.
@roziarba877
Menurutnya, video yang memaparkan tindakan memasukkan air ke dalam kuali berisi minyak itu hanyalah salah faham kerana ia video sebelum menukar minyak baharu.
Pemilik video itu juga meminta maaf kerana menimbulkan salah faham tetapi para netizen mengatakan bahawa bukan hanya isu air dicurah ke dalam minyak tetapi ayam yang diletakkan atas dapur begitu sahaja serta melenyek kentang dengan botol juga antara isu yang patut dijelaskan.