Taksub hubungi teman lelaki lebih 100 kali sehari, gadis disahkan hidap penyakit ‘otak cinta’

Taksub hubungi teman lelaki lebih 100 kali sehari, gadis disahkan hidap penyakit ‘otak cinta’

 

Seorang remaja perempuan China berusia 18 tahun disahkan mengalami penyakit mental yang kenali sebagai ‘otak cinta’ selepas menghubungi teman lelakinya lebih daripada 100 kali dalam tempoh sehari.

Remaja dikenali sebagai Xiaoyu yang berasal dari wilayah Sichuan, barat daya China telah mengaku menjadi taasud dengan teman lelakinya sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.

Doktor di The Fourth People’s Hospital of Chengdu, Dr Du Na berkata, tingkah laku pelik Xiaoyu bermula semasa melanjutkan pengajian di universiti.

Semasa berada dalam tahun pertama, dia menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki.

Bagaimanapun, lama kelamaan teman lelakinya menjadi rimas apabila Xiaoyu sering meminta menemaninya sepanjang masa.

Xiaoyu juga meminta teman lelakinya memberitahu di mana saja dia berada dan mahu membalas segala mesej setiap waktu serta tidak mengira waktu siang dan malam.

“Dia meminta teman lelakinya membalas mesejnya segera selain menggesa menghidupkan kamera WeChat,” katanya.

Keadaan itu bertambah buruk apabila dia sering mengubungi teman lelakinya daripada 100 kali dalam tempoh sehari jika tidak menjawab panggilannya.

Malah, dia dikatakan membaling semua objek dalam rumah sehingga pecah berkecai.

Atas sebab itu, teman lelakinya terpaksa menghubungi pihak berkuasa dan paling mengejutkan semasa polis tiba di rumah didiami pasangan itu, dia mengancam untuk terjun dari balkoni apartment mereka.

Akhirnya, Xiaoyu dimasukkan ke hospital di mana doktor mendapati dia mengalami gangguan personaliti pinggiran atau ‘otak cinta’.

Menurut Du, keadaan ini berkemungkinan wujud bersama penyakit lain seperti gangguan kemurungan, personaliti dan keresahan.

Bagaimanapun punca sebenar penyakit Xiaoyu tidak didedahkan dan gejala itu ditemui terhadap individu yang tidak mempunyai hubungan normal dengan ibu bapa semasa zaman kanak-kanak. – Agensi