“Ibu bapa tak mahu orang lain tahu” – Wanita trauma, dakwa diperkosa saudara sendiri ketika ziarah hari raya

“Ibu bapa tak mahu orang lain tahu” – Wanita trauma, dakwa diperkosa saudara sendiri ketika ziarah hari raya

 

Sambutan Aidilfitri sepatutnya menjadi waktu di mana kita bergembira selepas sebulan berpuasa dan berseronok berjumpa sanak saudara untuk rasai kemeriahan Syawal bersama.

Namun bagi seorang wanita ini, hari Raya yang sepatutnya menjadi hari gembira bertukar menjadi pengalan buruk yang membuatkannya trauma.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi X, seorang lelaki mendedahkan tentang nasib teman wanitanya yang menjadi mangsa rogol saudaranya sendiri baru-baru ini.

Dakwanya, ketika menziarahi rumah saudara pada hari Raya dia telah ditarik masuk ke dalam bilik oleh saudara lelakinya itu dan kemudian cuba melakukan perkara tidak senonoh kepadanya.

Tambahnya, meskipun sudah cuba menolak namun dia tidak berdaya dan lebih menyedihkan adalah ibu bapanya enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara tersebut diketahui ahli keluarga dan saudara mara yang lain tahu.

Ibu bapa dia (mangsa) dah berjumpa dengan ibu bapa lelaki itu. Saudaranya juga sudah mengaku memperkosanya tetapi sehingga kini tiada laporan polis dibuat. Ibu bapanya berkata mereka tidak mahu orang lain tahu. Mereka turut marah dan menyalahkan wanita itu kerana memberitahu saya tentang kejadian itu.

dirogol

Lelaki itu berkata dia sangat marah apabila memikirkan saudara kekasihnya itu menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa tetapi wanita berkenaan trauma sehingga tidak boleh tidur malam.

Saya hanya mahukan keadilan buatnya. Kami tiada bukti dan kejadian itu sudah berlaku lebih dari 72 jam. Saya nak dedahkan lelaki itu tetapi nanti orang ramai akan tahu teman wanita saya telah diperkosa dan ibu bapanya akan memarahinya.

Menerusi platform tersebut, ramai yang membaca luahan lelaki itu memberikan respon dan nasihat masing-masing dan rata-ratanya menyarankan mereka membuat laporan polis.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakannya menjaga dan mempertahankan teman wanitanya di saat keluarganya sendiri tidak berbuat sebegitu.

Kim*k punya family. Nak jaga air muka je.

komen