Selepas agih ayam percuma, kali ini geng bertopeng belanja sepapan telur pula kepada orang awam

Selepas agih ayam percuma, kali ini geng bertopeng belanja sepapan telur pula kepada orang awam

 

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang sekumpulan geng bertopeng telah mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai di tengah ibu kota di kawasan Bukit Bintang.

Geng bertopeng itu merupakan sekumpulan individu yang tidak ingin dikenali dan menerusi video TikTok mereka, mereka hanya mahu dikenali sebagai xyzteamproject.

Selepas tular dengan pengagihan ayam percuma di Bukit Bintang, geng bertopeng ini masih meneruskan kerja-kerja amal mereka kerana kali ini mereka mengagihkan pula telur ayam percuma di sebuah kawasan tempat letak kereta.

@xyzteamproject

Kami rasa tenang dan gembira apabila dapat kongsi rezeki dengan semua

♬ suara asli – zona_musik42 – zona_musik42

Dapat dilihat dalam video yang berdurasi selama 38 saat itu, terdapat dua orang individu bertopeng berdiri di belakang kereta pacuan empat roda sambil memegang cardboard yang tertulis ‘Telur Ayam Free’.

Dapat dilihat juga setiap orang awam yang berada berdekatan dengan kenderaan itu mendapat satu papan telur ayam setiap seorang.

Video pengagihan telur ayam kepada orang ramai itu telah mendapat reaksi positif daripada warganet dan tidak kurang juga ada netizen yang berpendapat xyzteamproject mungkin boleh masuk ke kawasan perkampungan untuk membantu orang susah di sana pula.