Selepas Akhyar Rashid, kini Faisal Halim pula jadi mangsa disimbah asid

Selepas Akhyar Rashid, kini Faisal Halim pula jadi mangsa disimbah asid

 

Bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan Faisal Halim dikhabarkan diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, mengesahkan ia adalah gambar Faisal Halim atau dikenali dengan Mickey selepas tersebar di media sosial ketika ini.

Difahamkan, Mickey diserang selepas bermain go kart di sebuah pusat beli-belah terkemuka dan punca sebenar mengapa dirinya diserang masih menjadi tanda tanya.

Terdahulu Arena Metro melaporkan Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompet dalam kejadian samun baru-baru ini.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Kuala Terengganu ketika pemain terbabit baru saja pulang dari makan malam.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Akhyar, 25, yang baru saja turun dari kereta dipukul dengan senjata dipercayai cota di bahagian kepala dan badan oleh suspek yang tak dikenali.

Difahamkan, suspek turut merampas dompet dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.