“Sebab nama tengah naik” – Rozie Othman kecewa cucu keluar Dolla, Syasya ikut suami sambung belajar luar negara

“Sebab nama tengah naik” – Rozie Othman kecewa cucu keluar Dolla, Syasya ikut suami sambung belajar luar negara

 

Pelakon veteran yang juga nenek kepada bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya iaitu Rozie Othman syukur apabila cucunya kini sudah berhijab.

Rozie Othman dalam rancangan Melodi berkata, dirinya sendiri tidak mempunyai jawapan terhadap keputusan yang dibuat cucunya keluar daripada kumpulan Dolla disaat nama mereka berada di kemuncak.

Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur dan berlapang dada apabila cucunya membuat keputusan untuk berkahwin.

Malah, doanya ketika mengerjakan ibadah umrah buat Syasya dimakbulkan oleh Allah.

“Walaupun mommy ada rasa kecewa sebab nama you tengah naik, you buat keputusan untuk berkahwin. Ok, mommy dan semua family berlapang dada

“Apa apa keputusan pun, insyaAllah you want to come back. Masa kejadian dia nak nikah tu, saya sebulan berada di tanah suci Mekah di bulan Ramadan.

“Saya doa kalau Syasya nak cipta nama, biarlah dia tukar penampilan. Tak seksi, biarlah dia nampak kewanitaan. Mungkin Allah kabulkan sebab sekarang ni dia dah berhijab,” ujarnya.

Dalam temu bual yang sama, Rozie Othman memaklumkan cucunya akan menyambung pengajian di luar negara bersama-sama dengan suaminya.

Menurutnya, Syasya atau nama sebenarnya Noor Syasya Afiqah Shahrizal akan berangkat ke luar negara untuk sambung belajar selepas Hari Raya AidilAdha.

“Suami dia pun nak pergi sambung belajar. Mak dia pun kata dia boleh sambung belajar sekali. Kepada semua peminat, doalah yang terbaik untuk Syasya sekali.

“InsyaAllah lepas Raya Haji ni, mereka akan berangkat ke luar negara untuk sambung belajar. Kita doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Sebelum ini, pengumuman Syasya untuk keluar daripada kumpulan Dolla mengejutkan ramai terutama sekali peminat-peminat dan selepas itu mengumumkan dirinya sudah berkahwin.