“Versi dark web” – Tiru make up & gaya penyanyi Casablanca, aksi MUA ini buat netizen terhibur

“Versi dark web” – Tiru make up & gaya penyanyi Casablanca, aksi MUA ini buat netizen terhibur

 

Lagu Casablanca nyanyian anak kelahiran Malaysia iaitu Nuha Bahrin dan Naufal Azrin kini kian mendapat sambutan ramai

Malah, lagu itu juga telah popular di negara seberang Indonesia yang menjadi kegilaan ramai di sana. Sudah tentu ini adalah pencapaian yang membanggakan.

Ramai yang mula merakam cover dan membuat pelbagai video menggunakan lagu berkenaan.

Tidak terlepas dengan video ini yang dimiming semula orang seorang wanita dari Indonesia dan ternyata mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@echa081386037331

viral doongg#InstantFilm #riaspengantin #muabogor #makeup #bogor #viraldongシ #fypシ #fyp #casablanca #tiktokseru #viral #viraltiktok #challenge

♬ original sound – Zirashafa – Zirashafa

Gaya nyanyian pula buat ramai terhibur lihat

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu meniru gaya solekan sama sepeti Nuha Bahrin di dalam muzik video Casablanca.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah gaya nyanyiannya yang membuatkan ramai terhibur melihat wanita itu.

Malah, ada juga yang terhibur melihat solekan yang dilakukannya kerana kelihatan sedikit kelakar daripada penyanyi asal.

Image from @echa081386037331 (TikTok)

“Dia macam Shopee punya, tapi guna economy delivery. Lama peram atas kapal” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat wanita tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6M views, 203.4K likes dan 7,907 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image from @echa081386037331 (TikTok)

Image from @echa081386037331 (TikTok)

Image from @echa081386037331 (TikTok)

Image from @echa081386037331 (TikTok)

Image from @echa081386037331 (TikTok)