Tiada wayang di Kelantan, wanita sanggup naik kapal terbang ke Nilai untuk tonton filem ‘Sheriff’

Tiada wayang di Kelantan, wanita sanggup naik kapal terbang ke Nilai untuk tonton filem ‘Sheriff’

 

Seorang wanita dari Kota Bharu, Kelantan sanggup membeli tiket kapal terbang ke Negeri Sembilan hanya untuk menyaksikan tayangan filem “Sheriff: Narko Integriti” yang baru diterbitkan.

Menerusi perkongsian @tuansyieka di TikTok, dia merakamkan perjalanan sehariannya bermula dengan mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bahru ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

@tuansyieka

From Kelantan To Nilai semata Sherif no hal bruh 😎 tiada masalah kalau takda wayang asal jangan takda duit sudah 😭 #sheriff #zulariffin #aaronaziz #syafiqkyle #wayangkelantan #cinema

♬ original sound – Salazarmvtv – Salazarmvtv

Setibanya di KLIA, dia meneruskan pula perjalanan ke Nilai untuk menonton wayang bersama rakan-rakannya.

“Kelantan tanpa wayang? No hal. Asal ada duit semua boleh.

“Dari Kelantan ke Nilai semata-mata untuk filem Sheriff, tiada masalah. Tak ada masalah kalau tak ada wayang, asalkan jangan tak ada duit,” katanya menerusi kapsyen di video tersebut.

Perkongsian video itu ternyata mendapat komen yang pelbagai dari pengguna media sosial yang antaranya terkejut kerana wanita itu sanggup menaiki kapal terbang hanya semata-mata untuk menonton wayang.

Bahkan walaupun ramai yang mengetahui bahawa Kelantan tiada pawagam, namun ia merupakan maklumat baharu untuk segelintir pengguna TikTok yang lain.

Manakala ada juga yang bertanya mengapa tidak ke Terengganu sahaja berbanding Nilai yang lebih jauh jarak perjalanannya.

“Jauhnya. Dekat Terengganu bukan ada ke,” tanya Apit.

“Ada hikmah tak ada panggung kak, kerajaan negeri nak akak kenal negeri orang sambil jalan tengok wayang. Boleh melancong sekali jalan,” kata Faruq pula.

Sementara itu wanita tersebut turut menjelaskan bahawa video yang dimuat naik itu bukan ‘content’ semata-mata, tetapi ia adalah perkara benar yang dilakukannya.