“Oi dah beranak belum?” – Wanita bergenang air mata tiba-tiba ditanya pasal anak

Bagi pasangan yang berkahwin, kehadiran cahaya mata merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu. Bukan sahaja menjadi penyeri rumahtangga, cahaya mata dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Namun ada juga yang diuji terpaksa menunggu selama bertahun-tahun dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh orang sekeliling.
https://www.tiktok.com/@mohdhabibullah_/video/7083373218723089691?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Oi bila nak dapat anak? Dah beranak belum?
Difahamkan isteri beberapa kali berdepan soalan daripada orang yang sama mengenai cahaya mata. Malah, dia disangka sedang berpantang kerana ‘berehat’ seketika daripada menghantar makanan.