Lelaki maut, kereta rempuh pokok

Lelaki maut, kereta rempuh pokok

 

Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Jalan Taman Kaya, Kampung Pak Darus, dekat sini, pagi ini.

Mangsa yang dikenali sebagai P Thevakumar, 28 tahun, disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 7.20 pagi.

“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Mitsubishi Evo terbabas melanggar sebatang pokok,” katanya dalam kenyataan di sini, seperti dilaporkan Astro Awani.

Menurut jurucakap itu, kemalangan menyebabkan mangsa tersepit dan maut di lokasi kejadian.

Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.