Lagi video hina Islam & Nabi Muhammad cetus kemarahan ramai

Lagi video hina Islam & Nabi Muhammad cetus kemarahan ramai

 

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai berani memuat naik video penghinaan agama di media sosial yang dilihat sengaja membangkitkan kemarahan ramai.

Terbaru, pendakwah selebriti PU Syed atau Pencetus Ummah Syed Bakri Al-Yahya memuat naik semula sebuah video seorang lelaki menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Menerusi video tersebut dilihat seorang lelaki berpakaian t-shirt hitam seolah-olah sedang bertanyakan soalan kepada masyarakat beragama Islam.

Pun begitu, soalan lelaki tersebut seolah-olah mencabar dan menghina agama di mana dia menyamakan Nabi Muhammad sebagai seekor kambing babi selain Allah.

“Aku nak tanya pada Melayu Islam yang babi, Nabi Muhammad kau itu sebenarnya kambing babi. Allah kau itu babi. Islam kau itu sial. Sekarang aku nak kau try (cuba) jawab dengan aku dulu,”ujarnya.

 

Perkongsian video berdurasi tiga puluh enam saat itu berjaya membangkitkan kemarahan ramai apabila lelaki berkenaan menghina agama, lebih-lebih lagi mengaitkan ia dengan binatang ‘khinzir’.

Malah, ada yang berharap agar pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan serius terhadap kes penghinaan sebegini yang dilihat semakin melampau.