Kena lap meja sendiri, pelanggan persoal definisi layan diri cawangan ‘fast food’ terkenal ini

Kena lap meja sendiri, pelanggan persoal definisi layan diri cawangan ‘fast food’ terkenal ini

 

Seorang pelanggan restoran makanan segera Burger King yang ingin menjamu selera bersama keluarganya terkejut kerana terpaksa lap meja sendiri sebelum makan.

Kejadian yang dialami oleh Muhamad Nasron Nasir tersebut telah dikongsi olehnya melalui satu hantaran di Facebook.

Apabila ditanya, pekerjanya hanya memberi penerangan bahawa cawangan Burger King tersebut merupakan restoran ‘layan diri’.

Beliau turut terpaksa membersihkan dan menadah sisa makanan di atas meja untuk dibuang ke dalam tong sampah terlebih dahulu.

Kain lap yang digunakan pula direndam di dalam sebuah bekas dan mana-mana pelanggan yang ingin menggunakannya perlu ‘layan diri’ untuk memerah dulu kain lap tersebut.

Sehingga kini, pihak Burger King Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenai insiden ini di Facebook rasminya.

Ikuti pengalaman kurang enak Muhamad Nasron Nasir dan keluarganya di Burger King tersebut.

Kami sekeluarga jarang makan kat Burger King.

So, hari ni kebetulan isi minyak, terus nak try sebab ada restoran Burger King kat stesen isi minyak ni.

Lain macam pengalaman makan kat Burger King kali ni.

Tak pasti, semua Burger King pengalamannya sama or this particular outlet je berbeza, mungkin kurang pekerja barang kali.

Kenapa saya kata lain macam?

Sebab meja tak dilapkan dan dikemaskan serpihan (remah) makanan dan titisan-titisan air atas meja pun tak lap.

So, Masviona Muhamad pun mintalah staff sana tolong lapkan.

“Oh.. kedai kami self service cik.” Kata seorang staffnya.

Ok, ingatkan maksud self service hanya untuk order. Dan sudah menjadi kebiasaan untuk pelanggan buang bekas-bekas makanan selepas makan ke dalam tong sampah dan simpan tray.

Tapi ni kali, level definisi self service dah up.

“Ya cik, lap meja pun self service. Atas tu ada kain dan sabun.” Begitulah lebih kurang explanation staff sana.

Bukan je Masviona kehairanan, saya pun kehairanan.

Sampaikan lap meja pun kena buat sendiri.

Umum tau, kalau nak lap meja kenalah pakai kain lembab.

Depa sediakan bekas air dan kain terendam dalam bekas tu. So, kenalah perah segala bagai. Haduii nak kena perah kain plak sebelum nak makan ni.

Dan remah makanan tu, nak kena tadah juga dan buang dalam tong sampah juga ke ek? Aduhh lecehnya pengalaman nak makan kat sini kalau macam tu.

That’s why saya tengok banyak nau sampah-sampah remah atas lantai.

Bila saya tengok balik lantai fast food franchise brand antarabangsa macam ni, kalah lantai kedai mamak huhu..

Bukan, saya bukan pelanggan kayangan.

Tapi, sampai tahap self service bersihkan meja sendiri dari bekas sisa makanan pelanggan-pelanggan sebelum ni, sampai meja-meja lain yang dah kosong pun terbiar kotor, ini jadi pengalaman tak best. Dan do this brand really expect customers untuk perah kain bagai?

Entahlah, new normal?

Saya yakin masalah ni sebab kekurangan staff je kot sebenarnya.

Hope Burger King Malaysia dapat perhalusi SOP yang ni. Peliklah, sampai lap meja, buang sampah pelanggan atas meja sebelum ni pun pelanggan yang kena buat, kan?

Ke macam mana?

Tolong, pencerahan.

Terima kasih.

#BangsaNiaga