Video Mat Saleh berlinang air mata tengok Mat Kilau curi perhatian

Video Mat Saleh berlinang air mata tengok Mat Kilau curi perhatian

 

Baru-baru ini filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang telah mula ditayangkan di Netflix sejak 16 September menerima pelbagai respon daripada penonton tempatan.

Mula-mula kata mengantuk

Walau bagaimanapun, lain pula reaksi yang ditunjukkan oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat ini yang dilihat begitu menghayati jalan cerita Mat Kilau.

Pada mulanya dia kelihatan agak bosan dan mengantuk untuk terus menonton filem itu namun kembali teruja tatkala filem terbabit memaparkan beberapa adegan tempur. Mungkin tidak mampu menahan sebak, wanita itu kemudian mengalirkan air mata!

Difahamkam wanita tersebut merupakan isteri kepada seorang pemuda kelahiran Malaysia yang menetap di luar negara.

@jaibhrdn

Mula-mula kata mengantuk nak tengok movie, last-last berlinang air mata 😂

♬ Funny Song – Cavendish Music

Komen netizen

Reaksi yang dikongsikan oleh suaminya itu mendapat perhatian pengguna TikTok yang lain apabila rata-rata memuji wanita itu kerana begitu menjiwai jalan cerita filem Mat Kilau sehingga ke tamat walaupun bukannya berketurunan Melayu.

Mesti air mata dia laju part bini wahid kena tikam kan… Hurmm memang geram gila rasa part tu.

Bukan itu saja, turut ada juga penonton yang memberi komen bahawa mereka juga turut merasa sedih semasa menonton Mat Kilau disebabkan ekspresi dari barisan pelakon yang berjaya menjiwai watak mereka.