Hujan lebat, Kajang dilanda banjir

Hujan lebat, Kajang dilanda banjir

 

Hujan lebat dalam tempoh beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa lokasi di Pekan Kajang, di sini, dilanda banjir kilat.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan antara lokasi yang dilanda banjir kilat adalah Jalan Raja Haroun dan Jalan Sri Jelok menghala ke Penjara Kajang.

Terdapat beberapa kenderaan dikatakan terkandas akibat banjir kilat di lokasi-lokasi berkenaan dengan hujan lebat masih melanda kawasan terbabit.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa beberapa kawasan termasuk di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor dijangka akan mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 malam.