Tak laku di Indonesia, filem Sheriff tayang di Hong Kong pula

Tak laku di Indonesia, filem Sheriff tayang di Hong Kong pula

 

Kegagalan filem Sheriff di Indonesia sama sekali tidak mematahkan semangat pengarah Syafiq Yusof untuk memasarkan karya berkenaan di Hong Kong.

Lebih membanggakan apabila selebriti terkenal berasal daripada negara berkenaan iaitu Eric Tsang menyukai filem Sheriff dan menyuarakan hasrat mahu berlakon di bawah arahan Syafiq.

“Terima kasih Eric Tsang, dia sempat promo filem Sheriff. Katanya kalau ada filem Sheriff 2 dia nak berlakon,” katanya.

Copy of Untitled (62)

Perkara itu dimaklumkan oleh Syafiq menerusi perkongsian video di aplikasi X ketika hadir ke tayangan perdana filem Sheriff di Hong Kong pada Khamis.

Dalam video tersebut, pelakon veteran itu dilihat mempromosikan filem berkenaan dan sempat berseloroh mahu berkerjasama dengan pengarah itu dalam sebuah filem bergenre aksi.

“Jangan lupa untuk saksikan Sheriff di Hong Kong, ini pengarah saya. Dia mahu saya buat sebuah filem gangster dengan dia,” katanya.

Selain Eric, tayangan perdana itu turut dihadiri penggiat filem Hong Kong lain antaranya Kanneth Lo.

Mengulas lanjut berkenaan kegagalan Sheriff di Indonesia, Syafiq menafikan dakwaan kononnya penonton negara berkenaan tidak menyokong filem buatan Malaysia.

Dalam hal ini, Syafiq, 30, meletakkan sepenuhnya kesalahan di atas bahunya dan mengakui Sheriff masih tidak dapat menandingi filem aksi daripada Indonesia.

“Sentimen yang mengatakan filem Sheriff tidak laku di Indonesia kerana mereka tidak sokong filem Malaysia adalah 100 peratus tidak benar!

“Kegagalan filem Sheriff di Indonesia adalah kegagalan saya sendiri, tidak harus persalahkan sesiapa.

Copy of Untitled (64)

“Saya akui filem Sheriff masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan filem aksi Indonesia,” katanya dalam satu hantaran lain.

Malah, dia mengambil iktibar atas kegagalan tersebut dan berjanji untuk tampil dengan filem yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

“Saya yang harus bertanggungjawab atas kegagalan ini dan harus terus berusaha untuk memperbaiki kualiti filem saya di masa depan.

“Saya berterima kasih kepada negara Indonesia kerana memberi peluang untuk filem Sheriff ditayangkan di sana,” katanya.

caption: Apa nasib Filem Sheriff di Hong Kong kali ini?