“Syukur sangat & amat terharu tapi…” – Fauziah Nawi terpaksa tolak tajaan umrah daripada Siti Nurhaliza

“Syukur sangat & amat terharu tapi…” – Fauziah Nawi terpaksa tolak tajaan umrah daripada Siti Nurhaliza

 

Pelakon Datuk Fauziah Nawi terharu apabila menerima tajaan untuk mengerjakan umrah oleh Yayasan Nurjiwa iaitu sebuah yayasan milik penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalied Mohamad Jiwa.

Menerusi hantaran di Facebook, Fauziah berkongsi mesej yang diterima daripada wakil Yayasan Nurjiwa mengenai bagi tajaan mengerjakan Umrah yang dijadualkan pada 27 April hingga 6 Mei ini.

Pihak yayasan tersebut memaklumkan, tarikh keberangkatan ke Tanah Suci itu adalah pada 27 April hingga 6 Mei ini.

“Assalamualaikum Datuk Fauziah Nawi, saya Siti Fairuz Ibrahim assistant Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya ingin maklumkan bahawa pihak Yayasan Nurjiwa iaitu yayasan milik Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid berbesar hati ingin menaja Datuk Fauziah Nawi untuk turut serta mengerjakan umrah pada 27 April hingga 6 Mei ini untuk Datuk seorang.

“Maklumat: 27 April, balik 6 Mei. Tiada masalah pasport. Tiada sekatan ke luar negara. Pasport tidak expired 6 bulan ke depan. Mana yang tiada pasport dapat siap esok pun okay,”kongsi Fauziah Nawi pada hantaran di Facebook.

Dia bagaimanapun terpaksa menolak tajaan umrah tersebut atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan pada tarikh yang dinyatakan oleh pihak Yayasan Nurjiwa.

Pun begitu, aktor berusia 71 tahun itu tetap meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk mengerjakan umrah.

“Syukur sangat dan amat terharu akan mesej ini tapi saya telah menolak dengan rendah diri kerana saya sudah ada perjanjian tugas yang telah saya persetujui.

“Moga Allah merahmati dan melipatgandakan rezeki Datuk Seri Siti suami isteri dan sekeluarga,” luahnya.