Panas! Tidak dapat perkenan barisan kabinet baharu, Ismail Sabri tangguh pengumuman?

Panas! Tidak dapat perkenan barisan kabinet baharu, Ismail Sabri tangguh pengumuman?

 

Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan tiada sebarang pengumuman senarai anggota jemaah menteri baharu dibuat hari ini.

Ini berikutan desas-desus bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai senarai anggota Kabinet yang baharu petang ini.

Jam 11 pagi tadi Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Al-Mustafa Billah Shah mempersembahkan senarai Kabinet baharu berikutan pelantikan beliau sebagai perdana menteri pada 21 Ogos lalu.

Istana Negara dalam kenyataan di laman Facebook memberitahu bahawa Seri Paduka telah berkenan menerima senarai anggota jemaah menteri yang baharu dalam pertemuan satu setengah jam di Istana Sultan Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Desas-desus turut menyebut upacara angkat sumpah untuk anggota jemaah menteri yang baharu akan berlangsung esok.

Sumber: Malaysia Gazette