Lapan anggota FRU maut, trak bertembung dengan lori batu

Lapan anggota FRU maut, trak bertembung dengan lori batu
Lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, berkata nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. – Foto ihsan BOMBA

Lapan anggota FRU maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi ini. – Foto ihsan BOMBA
Beliau berkata kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi.
“Setakat ini saya boleh mengesahkan bahawa lapan orang meninggal dunia dan operasi menyelamat masih dijalankan.
“Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih diteruskan,” katanya.