Gara-gara video viral dakwa ‘tidak perlu booster’, KJ dituduh penipu

Tular sejak semalam di beberapa laman media sosial apabila sebuah video dimuat naik di mana Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menjelaskan pengambilan suntikan dos penggalak hanya untuk mereka yang berisiko tinggi. Malah, YB KJ dalam video berkenaan turut memaklumkan masih belum mendapatkan suntikan dos penggalak.
Video tersebut nyata menjadi buah mulut para netizen serta mendakwa YB KJ dengan pelbagai tohmahan memandangkan pihak kerajaan sangat menggalakkan orang ramai mendapatkan suntikan dos penggalak dalam usaha mengurangkan risiko penularan varian Omicron.
Susuluan daripada isu yang berlaku, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini telah memuat naik penjelasan mengenai video laman yang tular tersebut.
Difahamkan video tersebut merupakan video daripada sidang media YB Menteri Kesihatan sewaktu 20 September di mana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan.
Dimaklumkan pemberian suntikan dos penggalak secara menyeluruh belum lagi ditawarkan pada September 2021 dan hanya ditawarkan buat golongan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai komorbiditi serta golongan yang terdedah kepada risiko jangkitan. Dalam pada itu, keputusan terpaksa berubah melihathkan kepada munculnya varian-varian baharu COVID-19.
Kenyataan daripada video berkenaan secara tidak langsung membuatkan segelintir netizen yang percaya tanpa mengetahui video tersebut merupakan video daripada sidang media September lalu. YB KJ juga nampaknya turut dituduh sebagai penipu di mana YB KJ turut menjelaskannya menerusi laman Twitter.
At @KKMPutrajaya we make evidence-based policies. Kalau virus dah mutate sampai ada variant baharu, takkan pendekatan lama dipakai? https://t.co/j9uK98Kptt
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 29, 2022
Video sidang akhbar 20 Sept 2021. Since then we know more about vaccine waning immunity & Omicron entered the equation. Sebab itu sekarang dos penggalak digalakkan. With a novel virus, what we know about it can change. So policies have to adapt. https://t.co/Udw7c6YF9J
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 29, 2022
Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta berhati-hati sebelum menyebarkan sesebuah video bagi mengelakkan daripada penyebaran berita yang lama melibatkan polisi yang telah diubah.