Tak beri laluan pelajar melintas, pemandu Alza kena sound dengan ‘pak guard’

Tak beri laluan pelajar melintas, pemandu Alza kena sound dengan ‘pak guard’

 

Kenderaan yang melalui kawasan sekolah adalah wajib memperlahankan kenderaan bagi tujuan keselamatan pelajar.

Namun, satu insiden baru-baru ini menunjukkan bahawa tidak semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ini.

Video tular menunjukkan sebuah kereta Perodua Alza meneruskan perjalanan tanpa memberi keutamaan kepada seorang murid perempuan yang mahu melintas jalan di lintasan pejalan kaki.

Sedangkan pengawal lalu lintas telah memberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan, tetapi pemandu Alza enggan menuruti arahan tersebut.

 

Pengawal lalu lintas yang dipercayai geram dengan tindakan pemandu Alza itu kemudian bertindak menendang kenderaan itu.

Terkejut dengan apa yang berlaku, pemandu Alza serta-merta berhenti dan keluar dari kereta serta berdepan dengan lelaki berkenaan.

Berlaku pertengkaran mulut di antara mereka, sambil disaksikan beberapa pengguna jalan raya yang berada di lokasi.

Netizen menganggap pemandu Alza berkenaan selayaknya diperlakukan seperti itu kerana sikapnya yang tidak bertimbang rasa.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa pemandu Alza mungkin tidak sempat memberhentikan kenderaan dan pengawal lalu lintas sepatutnya membiarkan kereta itu meneruskan perjalanan.

Malangnya, pendapat itu dibidas oleh netizen yang mengingatkan bahawa pengguna jalan raya wajib memandu secara berhemah dan mengikut peraturan di kawasan sekolah atau hospital.

“Mana tak marah, budak nak melintas tu. Tak fikir ke? Nanti tergilis anak orang, mampu ke nak pulangkan nyawa anak orang?” kata Aevan.

“Janganlah tanam pemikiran macam tu. Nampak kawasan sekolah atau hospital, perlahankan kenderaan. Pemikiran budak bukan seperti orang dewasa. Kadang-kadang mereka melintas secara melulu. Sebab itu malang tak berbau. Sekuarng-kurangnya kita berhati-hati,” kata Amr.