“Diam-diam dia bergelar Hajah” – Amy Mastura dipuji sudah selesai tunai haji baru kongsi di IG

“Diam-diam dia bergelar Hajah” – Amy Mastura dipuji sudah selesai tunai haji baru kongsi di IG

 

Dalam diam-diam pelakon dan penyanyi Amy Mastura selamat menunaikan ibadah haji bersama keluarga pada Jun lalu.

Kata Amy atau Amy Mastura Suhaimi, 53, dia memohon maaf kerana tidak berkongsi sebarang aktiviti sepanjang menunaikan haji kepada peminatnya.

“Alhamdulillah kakak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun Islam yang kelima.

Snapinsta.app_449991828_18443509597040057_8602849454958759826_n_1080

“Semoga Allah menerima ibadah ini. Kakak minta maaf tak kongsi apa-apa masa kakak di Makkah,” katanya.

Amy berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Jumaat yang turut memaparkan dia bersama ahli keluarganya di Tanah Suci Makkah.

Dalam perkongsian tersebut dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantunya menyelesaikan ibadah tersebut.

Menurut Amy, sepanjang berada di Tanah Suci itu pelbagai ujian terpaksa dilalui namun bersyukur dikelilingi dengan insan yang baik.

“Dugaan memang banyak. Tapi Allah SWT rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan Haji mabrur buat semua.

“Kakak juga sempat mendoakan buat peminat-peminat kakak supaya segala doa yang bersesuaian dimakbulkan Allah swt serta direzekikan untuk umrah atau haji nanti,” kongsinya.

Perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Sha Na Na itu mengejutkan peminatnya.

Rata-rata mereka memuji cara Amy yang dikatakan memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah sepanjang berada di sana.

Snapinsta.app_450005299_18443509573040057_2451523337738578720_n_1080

“Ini baru betul, selesai haji baru kongsi. Baru boleh fokus betul-betul.

“Suka cara Amy, orang tak tahu dia pergi Haji tahu-tahu selesai.

“Diam-diam dia bergelar hajah, contoh yang terbaik untuk semua masyarakat,” antara komen netizen.