“Tiba-tiba, pintu rumah diketuk” – Giliran Aliff Aziz pula keluarkan kenyataan rasmi berhubung kes khalwat

“Tiba-tiba, pintu rumah diketuk” – Giliran Aliff Aziz pula keluarkan kenyataan rasmi berhubung kes khalwat

 

Akhirnya pelakon, Aliff Aziz tampil dengan satu kenyataan rasmi menceritakan apa sebenarnya yang terjadi ketika dia ditangkap khalwat dengan pelakon jelita, Ruhainies baru-baru ini.

Menerusi Instagram, Aliff bercerita panjang lebar mengenai kejadian itu dan perjelas yang dia tidak mengeluarkan kenyataan sebelum ini untuk mengelakkan salah faham pihak lain.

Katanya, pada malam kejadian dia dan Ruhainies baru saja habis penggambaran. Dia kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur sambil berkonvoi bersama PA Ruhainies.