“Saya buat keputusan naik ke rumah.. saya & Aliff sempat berborak” – Ruhainies akhirnya dedah kronologi kejadian

“Saya buat keputusan naik ke rumah.. saya & Aliff sempat berborak” – Ruhainies akhirnya dedah kronologi kejadian

 

Hampir seminggu mendiamkan diri, pelakon Ruhainies akhirnya tampil dengan satu kenyataan rasmi menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.

Katanya, pada malam kejadian dia dan adik beradiknya merancang untuk makan di rumah bersama rakan-rakan yang lain.

Memandangkan Aliff juga baru selesai shooting, dia menjemput Aliff turut serta dan pelakon itu bersetuju.

Dalam perjalanan ke rumah, kakaknya iaitu Risteena tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Dia kemudian mengambil keputusan untuk naik ke rumah dahulu meletakkan barang shooting dan sempat berborak dengan Aliff.

Tak lama kemudian, pintu rumah diketuk dan Ruhainies takut untuk membuka pintu kerana mendengar suara lelaki.

Selepas kakaknya tiba, mereka sudah menjelaskan kepada pihak Jawi. Ruhainies dan Aliff hanya mengikut prosedur yang diminta pihak berkuasa.

Selepas memberi keterangan, dia pulang ke rumah dan mengakui kesalahan di sisi agama kerana berdua-duaan.

Ruhainies mengaku sayangkan persahabatan dengan Bella dan berharap rakannya itu tidak berpisah dengan Aliff.