“Lepas bangun lagi melambak” – Rumah terbuka bertukar kecoh, wanita pecah air ketuban atas sofa baru 2 minggu beli

“Lepas bangun lagi melambak” – Rumah terbuka bertukar kecoh, wanita pecah air ketuban atas sofa baru 2 minggu beli

 

Suasana rumah terbuka Aidilfitri bertukar kecoh apabila air ketuban wanita hamil pecah ketika beraya di rumah orang dan menunjukkan tanda-tanda mahu melahirkan.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali @yuzashila memaparkan seorang wanita berbaju kurung warna merah jambu yang sedang sarat hamil duduk di atas sofa memaklumkan air ketubannya sudah pecah.

Tindakan itu membuatkan orang ramai yang berada di dalam rumah tersebut turut panik apabila air ketuban mula membasahi sofa yang terletak di ruang tamu.

Bertambah lucu, tuan rumah sempat berseloroh dan memaklumkan sofa tersebut baru dibelinya kira-kira dua minggu yang lalu.

“Sofa aku.. sofa baru aku.

“Sumpah kak, memang tengah tunggu hari (bersalin). Sofa baru dua minggu. Nangis mak nok,” ujarnya pada ruangan komen hantaran tersebut.

@yuzashila

tengah2 berhari raya dan ber open house ..eh nk terberanakkkk🤣#fyp #fouryoupage #fypシ #bersalin #hariraya #openhouse #ketuban #kecohrayatiktok

♬ original sound – Che Kiah857 – Che Kiah857

Tambahnya, wanita hamil itu kelihatan tenang sahaja meskipun air ketuban sudah pecah dan tidak seperti orang di dalam rumah itu.

“Panjang lagi video. Ini semua sepupu-sepupu. Saya dah potong bahagian panik (video). Tapi, masalahnya ibu mengandung itu relaks dan gelak-gelak sahaja. Muka maintain.

“Masa atas sofa (air ketuban pecah). Lepas dia bangun lagi melambakkkk (banyak),” jawabnya.

Disoal mengenai keadaan wanita itu sama ada sudah melahirkan zuriat atau sebaliknya, individu tersebut memaklumkan dia sudah dibawa ke hospital.

“Dia beranak di hospital, sempat sampai. Ingat nak hubungi ambulans tapi tengoklah muka dia, tenang, lelaki (suami) dia menggelupur,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan air ketuban pecah sebelum melahirkan zuriat masing-masing.