Merungut menantu suka bangun lewat, ibu mentua kena ‘sekolah’ dengan penceramah

Merungut menantu suka bangun lewat, ibu mentua kena ‘sekolah’ dengan penceramah

 

Mendapat ibu bapa mentua yang baik juga merupakan satu rezeki besar. Namun di luar sana, masih ramai menantu (khususnya perempuan) sering berdepan konflik buruk dengan ibu mentua mereka.

Dalam erti kata lain, ibu mentua dan seorang menantu perempuan seakan-akan sukar mencapai persefahaman hatta bagi benda-benda remeh sekalipun.

Baru-baru ini, klip sebuah rancangan keagamaan bertajuk Siraman Qolbu di siaran televisyen MNCTV telah tular dan menarik perhatian ramai.

Seorang wanita separuh usia bangun menanyakan soalan pada penceramah di sana tentang cara menangani peribadi menantu yang tidak bertepatan dengan kriterianya.

Antara permasalahan yang dinyatakan, menantu perempuannya suka bangun lewat padahal dia sebagai ibu mentua punyai kebiasaan bangkit pada awal pagi.

Menyifatkan tiada manusia yang sempurna, penceramah bernama Mamah Dedeh lantas mengingatkan bahawa ibu mentua juga mempunyai kekurangan masing-masing.

Namun tak lama kemudian, intonasi suara Mamah Dedeh bertukar sedikit lantang setelah mendapat tahu anak lelaki wanita berkenaan rupanya 2×5 mempunyai tabiat sukar bangun subuh.

Daripada terus mencari salah menantu semata-mata, beliau menegaskan si ibu perlu terlebih dahulu menasihati anak lelaki sendiri.

Jika seorang ibu mentua mahukan menantu yang baik, maka anak lelaki sendiri juga perlu memainkan peranan.

“Kalau nak ada menantu rajin ibadat, didik anak kita rajin ibadat. Macam mana menantu nak bangun awal pagi kalau ketua keluarganya pun begitu? Berleter pada anak anda dulu”

@officialmnctv

Menantu suka bangun siang, gimana sikap kita sebagai mertua? #SiramanQolbu #MamahDedeh #ceramah #rumahtangga

♬ suara asli – MNCTV – MNCTV