“Kalau dia baik dengan saya, dia tak sekat komen” – Umisya dedah tak bermusuh dengan Marissa, tidak juga berkawan

“Kalau dia baik dengan saya, dia tak sekat komen” – Umisya dedah tak bermusuh dengan Marissa, tidak juga berkawan

 

Madu kepada Marissa Dania, Umisya Mazlan mendedahkan dirinya tidak bermusuh dengan pempengaruh tersebut tapi tidak juga berkawan walaupun ketika ini masing-masing sudah menerima takdir hidup berpoligami.

Memetik laporan dari Kosmo! Umisya mengatakan mereka tidak bermusuh namun tidak juga bertanya khabar tentang kehidupan masing-masing memandangkan ada jarak antara mereka.

“Saya tak bermusuh pun dengan dia sekarang cuma ada gap (jarak).

“Kami buat hal masing masing dan tidak ‘update’ pun pasal kehidupan satu sama lain,” katanya.

Perkara tersebut dinyatakan Umisya menerusi siaran langsung di media sosial miliknya apabila ada beberapa pihak bertanya tentang kehidupannya berpoligami.

Jelas wanita berusia 25 tahun itu, hubungannya dengan Marissa Dania Hakim tidaklah begitu baik ketika ini walaupun berkongsi suami, Ahmad Aslam.

“Saya pernah berbaik dengan dia. Ketika ini, kami nak kata berkawan pun tidak, musuh juga tidak,” ujarnya.

Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, jika mereka berbaik sudah tentu Marissa tidak menyekat semua komen di media sosial yang menyentuh perihal  Umisya.

“Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia ‘block’ (sekat) semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia,” katanya lagi.

Ketika ini, anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim itu dilihat semakin terbuka berkongsi gambar bersama suami selepas kontroversinya yang berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam mereda.

Namun begitu, Umisya Mazlan yang merupakan madunya menegaskan bahawa hubungan dengan Aslam dalam keadaan baik dan mereka masih lagi suam isteri.

Masing-masing dilihat telah memuat naik gambar ketika berhari raya walaupun kedua-duanya tidak saling bertemu.