Makcik nasi lemak ‘mengadu’ netizen salah faham, tak terlintas nak bergaduh dengan gerai sebelah

Makcik nasi lemak ‘mengadu’ netizen salah faham, tak terlintas nak bergaduh dengan gerai sebelah

Selepas tularnya insiden mengenai seorang peniaga nasi lemak yang bertindak ugut pesaingnya supaya tutup gerai, klip video asal bagaimanapun telah dipadam.

Pemilik akaun TikTok @skyeskey007 menjelaskan, dirinya turut ‘diburu’ oleh anak-anak peniaga terbabit yang dipercayai mahu mengambil tindakan susulan.

“Acik Tak Dengki Langsung” -Mak Cik Nasi Lemak ‘Mengadu’ Orang Luar Salah Faham

Tak terlintas langsung di hati nak berkelahi ke apa…nampak Acik ni jahat sangat, bukan larang dia mengucap

Ketika didatangi oleh pihak penguatkuasa DBKL pada Rabu, mak cik nasi lemak TTDI ini menjelaskan bahawa hatinya tak pernah terlintas untuk cari pasal atau berkelahi dengan peniaga lain.

Sedar dirinya telah dikecam hebat di media sosial sejak 2 hari lalu, tapi bukan sengaja melarang perakam video daripada terus beristighfar.

Sebaliknya, dia mendakwa tegurannya sering kali disekat sekali gus terpaksa meninggikan suara juga.

Takda dengki langsung, kalau nak meniaga Acik tak kacau pun…tapi ‘benda’ janganlah sama sebab sebelum ni ada isu

Mengulas lanjut, pihaknya juga ada hubungi DBKL untuk bantu selesaikan kemelut itu tapi mereka ada program lain ketika hari kejadian.

Demi bersihkan imejnya yang sudah tercalar, mak cik viral tersebut akui tidak pernah mempunyai perasaan dengki atau sama sekali ingin menutup periuk nasi pemilik gerai lain.

Malah selama ini, dia juga membesarkan anak-anak hasil berniaga di kawasan tersebut.

@amadasan_

Yang tersebar tak semestinya betul. Sebab tu kena dengar dua dua belah pihak. Ini dari side makcik tu. Yes memang makcik tu dapat permit dari DBKL untuk meniaga nasi lemak. Yang lain kat situ takda.

♬ original sound – Madsan – Madsan

Bila dah viral, lemah lembutnya explain…kalau takda lesen pun itu isu dia dengan DBKL, yang mak cik halau tu jadi tak kena

Walaupun begitu, rata-rata netizen menyifatkan kenyataan mak cik tersebut seolah-olah bercanggah daripada isu yang pernah disuarakan olehnya dalam video tular sebelum ini.

Ujar mereka lagi jika premisnya ada lesen untuk berniaga sekalipun, namun ia bukanlah ‘tiket’ untuk sewenang-wenangnya menghalau penjaja lain.