Tak suka gerai sebelah jual juadah sama, makcik nasi lemak tepi jalan mengamuk
Setiap orang yang berniaga pasti sedar akan risiko persaingan lebih-lebih lagi jika menjual makanan. Jadi, masing-masing seharusnya lebih dewasa dan berfikir secara positif dengan menganggap akan ada rezeki tersendiri walaupun apa yang dijual adalah sama.
Namun begitu, ada juga yang merasakan perkara tersebut sebagai satu ancaman sehingga dengan sengaja mencetuskan pergaduhan.
Mengamuk gerai sebelah berniaga nasi lemak juga
Menerusi video yang tular di media sosial terutamanya di Twitter, seorang pengguna telah memuat naik semula video menunjukan pergaduhan antara peniaga-peniaga nasi lemak.
Dalam video terbabit, dapat dilihat peniaga nasi lemak telah menyerang peniaga di gerai lain kerana tidak berpuas hati dengan menu jualan mereka yang sama.
Petik nama ‘DBKL’ lagi
Mak cik nasi lemak dan seorang lelaki itu turut ‘memetik’ nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kawasan perniagaan tersebut dan bersungguh-sungguh menghalau pemilik gerai yang baru sebulan memasang khemah disitu supaya tidak berniaga di lokasi terbabit.
Lebih membuatkan netizen yang mendengar pertengkaran tersebut meluat adalah tindakan mak cik nasi lemak itu yang memarahi peniaga wanita terbabit kerana beristighfar dengan kelakuannya.
Dapat didengar juga yang mak cik nasi lemak dan pasangannya begitu beremosi walaupun ‘lawan’ mereka memilih untuk berbincang dengan elok.
Ramai yang marah juga
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menyelar tindakan mak cik nasi lemak terbabit kerana bersikap biadap sesama peniaga.
Mana tidaknya, dia seakan dengki dan tidak percaya dengan rezeki sehingga boleh ‘menyerang’ peniaga lain hanya disebabkan mereka berniaga jualan yang sama.
Katanya memang ramai dah boikot nasi lemak dia
Kalau berniaga tepi jalan tu tak payah la gaduh
Orang nak istighfar pun kena marah
Lepas ni mesti kata Melayu dengki
Makcik tak berniaga ke sampai sibuk serang gerai orang
Kenapa nak cakap kasar-kasar?
Walau bagaimanapun, kesahihan punca pertengkaran tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan video asal telah dipadam.
Video yang dikongsi pengguna Twitter dikenali sebagai @emrhqm itu sebenarnya ada kelanjutannya namun pemilik asal telah menurunkannya dari aplikasi TikTok.