“Makan, minum sesuka hati time bulan puasa” – Kisah budak pengemis dah kecoh sekampung, semua dah menyampah

“Makan, minum sesuka hati time bulan puasa” – Kisah budak pengemis dah kecoh sekampung, semua dah menyampah

Sebermula cerita…

Kisah budak pengemis tu dah jadi kecoh satu kampung….Dah 3 hari dah dia keliling kampung! Dia tunjuk kat budak-budak yang sebaya dengannya, dia tunjuk kat budak-budak remaja dan bahkan dia tunjuk kat orang-orang tua jugak. Penduduk kampung semua dah mula menyampah..

Yalah, mana tak menyampahnya, ketika semua orang kampung sedang penat dan letih menunaikan puasa, budak pengemis tu suka-suka je nak bagi orang-orang kampung marah dengan seronoknya berjalan ke sana ke mari sambil tangan kanannya memegang roti jon daging dan tangan kirinya memegang air kelapa ais yang lengkap dengan titisan air dan butiran-butiran ais yang melekat diplastik ais tersebut.

Kalau bukan pada bulan puasa tak pe lah jugak! Ini dah lah tengahari panas2 buta ni! Bulan puasa pulak tu! Orang semua penat menahan lapar dan haus, Dia dok seronok sambil tersenyum tunjuk kat orang kampung air kelapa ais dan roti jon daging yang dibelinya kat simpang kampung. Aiseyy… memang saja nak kena betul budak pengemis ni! Kata salah seorang daripada penduduk kampung..Bukan nak hormat penduduk kampung yang sedang puasa! Langsung tak menghormati bulan Ramadhan dah ni!

Orang2 kampung semua dah bising. Lagipun kebetulan selama tiga hari semenjak budak pengemis tu masuk kampung, matahari dikampung itu lebih terik dari sebelumnya seperti menambahkan lagi kemarahan penduduk kampung terhadap budak pengemis tersebut.

En. Luqman (Ketua Kampung) mendapat aduan dari orang-orang kampung mengenai sikap budak pengemis tersebut. Mereka (penduduk kampung) tidak mahu menegur budak pengemis tu.. Biarlah ketua kampung yang menjalankan tugasnya kata mereka.

En.Luqman akhirnya memutuskan untuk menunggu kehadiran budak pengemis tu. Menurut orang kampung, sejak kebelakangan ini, biasanya selepas selesai solat zuhur, budak tu mesti masuk kampung. Dengan pakaiannya yang lusuh, yang dipakainya setiap hari dan dia akan muncul dengan air kelapa ais dan roti jon daging ditangannya setiap hari!

Tidak lama menunggu, akhirnya budak pengemis tu datang. Betul, dia datang sambil menari-nari kecil dan mulut nya tengah menyedut air kelapa ais nya. Tingkah laku budak tu memang akan membuat orang lain menelan air liur.

“tak boleh jadi ni.” kata En. Luqman.
En. Luqman pun lantas menegurnya.

“Dik, kenapa makan dan minum suka-suka hati depan orang kampung ni?! Ni kan bulan puasa?!”

Budak tu terus memandang En.Luqman dengan mata yang terjegil. Langsung tak ada rasa takut atau malu pun pada wajah budak tu.

“Bismillahirrahmanirrahim…”
ucap En. Luqman lalu ia mencengkam lengan budak tu.

Lalu ia kuat kan suaranya. “Jom ikut saya kerumah!” Kata En.Luqman.

Budak pengemis itu pun menurut saja. Sesampai nya di rumah En.Luqman, budak pengemis tu terus bertanya ;
“kenapa Tuan nak melarang saya minum air kelapa ais dan makan roti isi daging ini? Bukankah ini makanan dan minuman saya?” tanya budak itu sesampainya di rumah En.Luqman, seakan-akan tahu bahawa En.Luqman akan bertanya tentang kelakuannya.

“Maaf dik, kamu tidak boleh suka-suka makan dan minum kerana ini bulan puasa,” jawab En.Luqman.

”kamu sepatutnya ikut berpuasa seperti penduduk kampung yang lain. Ini tak, bukannya kamu ikut puasa, malah kamu tunjuk2 pulak makanan dan minuman kamu pada orang kampung.”

Mendengar teguran En.Luqman,
Budak pengemis itu langsung memandang tepat kepada En. Luqman seraya berkata,

“Bukan ke selama ini, itu tingkahlaku kamu kepada kami orang miskin dan pengemis ?! Bukankah kamu semua yang selalu buat perkara tu, lebih daripada yang saya lakukan sekarang…?!

Bukankah kamu semua lah yang selalu menunjukkan kemewahan kamu ketika kami hidup didalam kemiskinan untuk 11 bulan sebelum tibanya bulan Ramadhan?

Bukankah kamu semua yang sering melupakan kami yang kelaparan, mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya lalu melupakan kami? Bukankah kalian semua jugak yang selalu tertawa dan melupakan kami yang sedang menangis?

Bukankah kamu semua yang selalu pergi berubat ke klinik, sanggup bayar mahal-mahal bila mendapat penyakit yang biasa-biasa saja pun, sementara kamu semua berdiam diri ketika kami mengeluh kesakitan hingga kematian dan ajal menjemput kami…?!

Bukankah di bulan puasa ini kamu semua hanya menahan lapar dan haus hanya diwaktu siang? Ketika maghrib tiba, ketika azan maghrib kedengaran, kamu semua makan sepuas-puasnya .!?, Sedangkan kami semua perlu berpuasa sehingga 24jam sehari? 😔

Budak pengemis itu terus berkata dan berkata dengan tidak memberi kesempatan pada En.Luqman untuk mencela. Tiba-tiba suara budak itu berubah. Daripada tegas kepada suara yang “sangat” menusuk hati, dengan suara hiba ia berkata,

“Ketahuilah Tuan…,
kami berpuasa tanpa waktu berbuka, kami sentiasa berpuasa walaupun bukan pada waktu bulan puasa, kerana memang tidak ada makanan yang kami boleh makan. Sementara Tuan dan semua penduduk kampung, hanya berpuasa untuk sepanjang waktu siang sahaja.

Dan ketahuilah juga tuan, bahawa tuan dan penduduk kampung lah yang sebenarnya menyakiti hati kami dengan berbaju dan berpakaian yang serba baru dan cantik setiap kali menyambut Aidilfitri. Sedangkan kami tetap dengan pakaian lusuh kami sepanjang hari.

Tuan…,
11 bulan kami menangis..
Kamu semualah yang melupakan kami, kalianlah yang menunjuk-nunjuk dengan kami, 12 bulan tak terkecuali bulan Ramadhan ini juga.

Apa yang telah saya lakukan adalah apa yang kalian semua lakukan terhadap orang-orang miskin seperti kami selama berpuluh puluh tahun yang dahulu…!”

Allahuakbar 😔

Persoalan yang tak mampu kita jawab ;
“Semenjak bila kita sedar, bahawa bulan Ramadhan ini serta hari raya Aidilfitri itu adalah perayaan untuk meraihkan golongan asnaf dan orang2 miskin serta pengemis seperti mereka?” Allahu.. Kita lupa dan sangat lupa akan hal itu.. Malah tiada langsung didalam minda kita untuk terfikir tentang mereka yang miskin dan mengemis itu kan? 😔

Rasulullah ﷺ pernah bersabda,

هَلْ تُنْصَرُوْنَ وَتُرْزَقُوْنَ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ

“Kalian hanyalah mendapat pertolongan dan rezeki dengan sebab adanya orang-orang lemah dari kalangan kalian”
(HR. Bukhari)

Wallahua’lam.

Kredit: هدايت كادابن