Asmuni hadiri agihan kotak makanan YBU dan sokong aktiviti belia di Taman Meru 2C

Asmuni hadiri agihan kotak makanan YBU dan sokong aktiviti belia di Taman Meru 2C

 

Asmuni hadiri agihan kotak makanan YBU dan sokong aktiviti belia di Taman Meru 2C

Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Perak di DUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi, menghadiri majlis penyampaian kotak makanan Yayasan Bina Upaya (YBU) yang diadakan di Dewan Komuniti Taman Meru 2C pagi ini.

Program agihan makanan asas yang diuruskan secara bulanan oleh Pusat Komuniti DUN Manjoi ini merupakan inisiatif berterusan untuk membantu penduduk yang memerlukan di seluruh kawasan DUN Manjoi. Agihan dilaksanakan secara bergilir ke kampung dan taman bagi memastikan tiada golongan sasar yang tercicir.

“Saya amat menghargai kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini. Usaha ini penting agar kesejahteraan rakyat terus terjaga,” kata Asmuni.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menerima permohonan daripada KRT Taman Meru 2C untuk membaiki set rebana yang digunakan oleh anak-anak muda di kawasan itu. Beliau memuji semangat dan komitmen generasi muda dalam memelihara seni budaya warisan.

“Minat anak muda terhadap permainan rebana ini sesuatu yang positif. Kita akan bantu pastikan peralatan yang diperlukan tersedia agar aktiviti ini dapat diteruskan,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Kerua AMANAH Kawasan Tambun, Dr Fakhruldin Mohd Hashim, Pengerusi KRT Taman Meru 2C, En Zulkifly; Pengerusi JPKK KDAS 2, En Rahman; dan penduduk setempat.

Program ini mencerminkan keprihatinan Pusat Komuniti DUN Manjoi dalam memelihara kebajikan masyarakat serta memupuk semangat komuniti dan kesenian di peringkat akar umbi.