Mahu ikut hukum qisas, bapa mengamuk rupanya balas gunting rambut anak guru

Mahu ikut hukum qisas, bapa mengamuk rupanya balas gunting rambut anak guru

 

Sejak semalam tular di media sosial apabila video bapa amuk kerana geram rambut anaknya dipotong oleh seorang guru rupanya telah menggunting rambut anak kepada guru berkenaan.

Perkara itu dinyatakan menerusi ruangan komen apabila saksi kejadian mengatakan yang bapa kepada pelajar yang dipotong rambut menengking dan mahu mengikut hukum qisas dengan melakukan hal sama ke atas anak guru tersebut.

Namun, pengguna Facebook berkenaan menyatakan yang potongan rambut dibuat bapa pelajar jelas tidak seperti yang dilakukan guru kepada anak muridnya kerana digunting dengan begitu buruk.

Ujar penyanyi nasyid yang mengaku sebagai saksi kejadian turut menyatakan yang dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana bapa pelajar tersebut mahu mengadili dan melakukan sendiri hukuman berkenaan.

Tambahnya, kejadian tersebut telah memberi kesan yang cukup mendalam buat guru tersebut serta ahli keluarganya.

Menjengah ke ruangan komen aktivis dan juga bekas guru, Mohd Fadli Salleh, ramai yang meninggalkan komen dengan meluahkan rasa terkejut serta geram dengan apa yang dilakukan bapa kepada pelajar yang dipotong rambut oleh gurunya.

Niat baik yang mahu anak didik berdisiplin ternyata dibalas dengan beretika oleh bapa pelajar sehingga melibatkan keluarga guru berkenaan.

bapa amuk

Walau bagaimanapun, Furqan Fawwaz menerusi hantarannya di media sosial memohon maaf di atas emosinya menerusi ruangan komen apabila memberitahu tentang tindakan yang dibuat oleh bapa pelajar itu terhadap anak guru berkenaan.

Menurutnya, pada awal perkongsian video tersebut dibuat adalah untuk kesedaran tentang menghormati guru serta keberkatan dalam menuntut ilmu.