Kes remaja dibelasah & dipijak bapa tiri, akaun Facebook suspek berjaya ditemui?

Pendedahan seorang remaja perempuan yang mendakwa dirinya telah dibelasah bapa tiri membuatkan ramai orang berasa geram kerana tindakan itu amat kejam.
Mangsa yang baru sahaja berusia 19 tahun itu mendedahkan dirinya telah dipukul dengan terus hingga menyebabkan mata dan mukanya cedera.
Hampir kena tetak dengan parang
Kejadian itu berlaku ada 17 Ogos lepas di Parit Buntar ketika mangsa datang ke rumah ibu kandungnya. Kemudia berlaku sedikit pertengkaran dan ketika itulah bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menampar pipi, menendang dan menghempas mangsa ke lantai.
Dia bapa tiri cekik dan tampar muka saya. Dia kemudian mencampak saya ke atas lantai dan terus memukul dan memijak kepala saya seperti bola.
Dia tendang sampai terkeluar dari pintu rumah, termasuk ke bawah kereta. Dia dah angkat parang nak tetak tapi jiran datang dan dia lari masuk rumah, tutup pintu. – Jelas mangsa.
Abusive parents do exist.
Kesiannya dekat adik ni. Ya Allah 💔
Kalau korang tahu macam mana nak reach adik ni please let me know. Kita sama-sama bantu apa yang boleh. Instagram dia tak boleh DM. 🙁 pic.twitter.com/02Tsy4rUot— Kak Mira 🕊 (@mighvv) September 21, 2022
Sudah buat laporan polis
Kejadian ini turut telah dilaporkan kepada polis pada 18 Ogos dan Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat mengesahkan penahanan suspek yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga.
Netizen berjaya kesan Facebook milik suspek
Seperti biasa, netizen Malaysia sentiasa laju mencari apa sahaja maklumat yang sedang viral. Terkini seorang pengguna Twitter mendedahkan dia berjaya mengesan akaun Facebook milik suspek.
ni ke ayah tiri awak? pic.twitter.com/fkp3LTdEtN
— ✨Black Clouds best song✨ (@reveluv_zen) September 21, 2022
gambar pakai singlet tu lamaaaa dah tu…2013 punya gambar kot…gambar ketiga tu 2020. paling latest yang first tu
— alaska (@4Y4NNA) September 21, 2022
Ni muka tanpa cermin mata. Betul tak? pic.twitter.com/nlRPtVsajv
— AE (@arfdy12) September 21, 2022