Dipijak bahkan hampir diparang bapa tiri, ramai sedih ibu kandung hanya pandang saat anak dibelasah suami

Dipijak bahkan hampir diparang bapa tiri, ramai sedih ibu kandung hanya pandang saat anak dibelasah suami

 

Sedih luahan hati gadis dipukul bapa tiri, mata bengkak selain dipijak di kepala.

Tindakan seorang bapa tiri menerajang anak gadis, menarik perhatian media sosial hari ini apabila gadis berkenaan membuat curahan hatinya Instagram miliknya @d4hleea.

Menurut pengadu dikenali sebagai Puteri binti Taufik Hidayah pada 17 hb lalu, sekitar jam 11 malam dirinya telah pergi ke rumah ibunya, Salmi Abd Radzi di Parit Buntar, Perak.

Namun telah berlaku perang mulut dengan ibu kandungnya itu.

Akibat dari pertengkaran itu, bapa tiri mangsa, Mohamad Khuzairi telah menarik lehernya, menampar pipi, menendang belakang badannya sebelum memijak kepalanya.

Ekoran itu dirinya telah meminta pertolongan kawannya, Ainul Mardiah menghantarnya ke rumah bapa kandungnya juga di Perak.

Memandangkan kesakitan dialaminya selepas ditendang, keesokan harinya, dirinya pergi ke Hospital Parit Buntar sebelum dirujuk ke Hospital Taiping.

Mengejutkan hasil pemeriksaan di Hospital Taiping mendapati penglihatannya menjadi kurang jelas, pipi bengkak, bahagian belakang badan bengkak selain kaki kanan dan kiri.

Saat dipukul dan dipijak-pijak menggunakan tumt ke bahagian mata hingga pecah darah, ibunya hanya mampu memandang sedangkan sebagai anak dirinya patut dilindungi oleh ibu kandungnya sendiri.

 

Apa yang menyedihkan semasa membuat laporan di balai polis dirinya menyebut, “kau mak kandung aku yang lahirkan aku patut kau tolong aku”.

Mengejutkan bapa tirinya siap membawa parang keluar seolah ingin menetaknya sebelum menendang dengan kuat sebelum diselamatkan jiran emak kandungnya.

Jeritannya buat ramai simpati.

 

 

Apa yang membuatkan ramai berasa simpati ialah tangisannya dan apa yang membuat ramai simpati ialah puteri telah meluahkan perkataan ““kau mak kandung aku yang lahirkan aku patut kau tolong aku”.

 

 

Semoga ada keadilan buat gadis ini.