Kes kakak tikam adik kerana berebut tempat duduk, jiran bongkar kisah sebenar

Kes kakak tikam adik kerana berebut tempat duduk, jiran bongkar kisah sebenar

 

Biasalah kalau dah namanya adik beradik pasti kadang kala ada bertengkar antara satu sama lain.

Lagilah kalau masing-masing tengah membesar, ada saja perkara atau benda yang direbutkan dan tidak berpuas hati.

Namun siapa sangka kejadian pertelingkahan antara dua beradik ini bagaimanapun bertukar memori hitam buat satu keluarga.

Polis terima panggilan kira-kira jam 2.15 petang

Menerusi portal Harian Metro, kejadian tidak diingini itu melibatkan dua orang remaja lelaki dan perempuan berusia 16 dan juga 19 tahun.

Dalam jam kira-kira 2.15 petang, pihak polis Daerah Iskandar Puteri telah menerima satu panggilan yang memaklumkan seorang pelajar tingkatan 4 telah pergi bertemu Ilahi selepas dibaling dengan benda tajam oleh kakaknya.

Kejadian Berebut Seat Dalam Kereta, Jiran Depan Rumah Bongkar Kisah Sebenar 2

Kejadian Berebut Seat Dalam Kereta, Jiran Depan Rumah Bongkar Kisah Sebenar 3

Cerita dia, diorang dah bertengkar dulu

Pertengkaran antara dua beradik tersebut dikatakan awalnya bermula daripada perebutan tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Situasi semakin panas apabila si kakak dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

Sejak semalam juga tular satu screenshot daripada jiran berhampiran kediaman keluarga tersebut menceritakan kejadian sebenar.

Jelasnya sebelum itu, kedua-dua beradik berkenaan sempat dimarahi oleh si ibu selepas bertengkar sebelum remaja perempuan tersebut lari masuk ke dapur.

Kejadian Berebut Seat Dalam Kereta, Jiran Depan Rumah Bongkar Kisah Sebenar 4

Kejadian Berebut Seat Dalam Kereta, Jiran Depan Rumah Bongkar Kisah Sebenar 5

Ibu bapa kehilangan anak lelaki dan ibu bapa kehilangan anak perempuan buat seketika…Masa depan anak tak tahu macam mana

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui cukup terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa simpati apabila ibu bapa yang terlibat perlu terima hakikat kehilangan dua orang anak sekaligus akibat kejadian berkenaan.

Kejadian Berebut Seat Dalam Kereta, Jiran Depan Rumah Bongkar Kisah Sebenar 6Kejadian Berebut Seat Dalam Kereta, Jiran Depan Rumah Bongkar Kisah Sebenar 7Kejadian Berebut Seat Dalam Kereta, Jiran Depan Rumah Bongkar Kisah Sebenar 8