“Bangang punya manusia perempuan pun kau nak tumbuk” – Johan Ghazali

“Bangang punya manusia perempuan pun kau nak tumbuk” – Johan Ghazali
Johan Ghazali cabar lelaki yang menumbuk pemandu Axia sehingga patah rusuk, untuk bertumbuk dengannya.
Sebelum ini tula video seorang lelaki bertindak agresif ke atas seorang wanita berlaku kemalangan kecil.
Menurut adik kepada pemandu Axia tersebut, kemalangan tersebut tidak serius memandangkan kakaknya tidak membawa kereta laju di kawasan agak sesak itu.
Kakaknya tidak dapat melihat dengan jelas kerana ada kereta lain di hadapan mereka.
Kanak kanak tersebut melintas bersama dengan ibunya berada di hadapan ayahnya. Dalam kejadian tidak diingini itu, pemandu Axia terlanggar kanak kanak tersebut.
Namun lelaki tersebut bertindak agresif dengan memukul dan menerajang kakaknya berada di dalam kereta serta merosakkan pintu kereta.
Bintang muda MMA negara, Johan Ghazali agak bengang insiden yang berlaku di Bazaar Aidilfitri terletak di Senawang itu.
Lalu dia berkata: “Bangang punya manusia perempuan itu pun kau nak tumbuk, aku rembat muka kau, mari tumbuk akulah jahanam.”
Komen Johan Ghazali itu ditulisnya di status Instagram rasmi Caprice.
Ramai yang setuju dengan cadangan Johan Ghazali tersebut.
Menurut sumber daripada adik pemandu Axia tersebut, lelaki sebuah sudahpun di tahan polis.
Isteri kepada lelaki itu sudah menghubungi mereka dan merayu supaya kakaknya menarik balik laporan ke atas lelaki tersebut.
Ini kerana menurut isteri lelaki itu kehilangan sumber pendapatan untuk menjaga keluarga sekiranya suaminya ditahan atau dipenjara.
Lantas adik kepada tersebut turut soalkan bagaimana pula dengan kakaknya, yang merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih bersekolah.
Kakaknya juga maksud nya perlu untuk mencari rezeki untuk menyara anak-anaknya.
Oleh sebab itu kakaknya nekad untuk tidak menarik balik kes tersebut. Dan biarkan sahaja lelaki itu beraya dalam lokap.