“Kencing bersepah, kahak kat sinki” – Wanita menyesal kahwin, tak sangka suami pengotor

“Kencing bersepah, kahak kat sinki” – Wanita menyesal kahwin, tak sangka suami pengotor
Seorang individu mendedahkan sisi suaminya yang pengotor setelah dua bulan melayari bahtera perkahwinan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu menanyakan pendapat untuk mengubah tabiat suaminya yang tidak menjaga kebersihan.
Ujarnya, dia menyesal mengahwini suami setelah melihat beberapa sisinya yang dianggap pengotor.
Saya baru kahwin dua bulan.
Tapi sekarang saya rasa menyesal. Tak sangka dia pengotor.
Tuala basah campak atas tilam, kencing bersepah bertitis atas mangkuk tandas dan kahak di sinki.
Kadang saya tak bercakap dengan suami sebab marah sangat.
Macam mana nak tegur tabiat macam itu?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati individu tersebut untuk mengamalkan sikap ‘transparent’ dengan pasangan agar masalah dapat diselesaikan.