Jangan bosan, patuhi sahaja SOP – Ketua Polis Negara

Jangan bosan, patuhi sahaja SOP – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperkasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membantu usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, justeru itu, PDRM akan sentiasa membantu kerajaan memutuskan rantaian wabak berkenaan kerana kes Covid-19 yang dilihat membimbangkan dan meningkat sejak kebelakangan ini.

Kata beliau, jika sebelum ini, dilihat fokus utama PDRM adalah ancaman jenayah yang memberi cabaran kepada PDRM namun, sejak tahun lepas cabaran itu telah berubah apabila negara dilanda wabak Covid-19.

“Saya perhatikan masyarakat seolah-olah sudah mula lesu dengan pematuhan SOP tetapi kita tidak boleh leka dan mereka harus faham bahawa Covid-19 ini berada di mana-mana sahaja.

“Saya faham apa yang dialami oleh mereka (lesu dengan pematuhan SOP) bahkan ramai petugas kesihatan dan warga PDRM mengalami kelesuan tetapi mereka terus tekun.

“Jangan jadikan kebosanan untuk mematuhi SOP ini sebagai perkara yang diambil ringan jika tidak patuh SOP, dibimbangi penularan wabak itu tidak terkawal,” katanya ibu negara semalam. – Utusan