Isu ‘buka pintu belakang’, Menteri MITI masih senyap

Isu ‘buka pintu belakang’, Menteri MITI masih senyap

1. FMT lapor, berlaku pertengkaran panas melibatkan beberapa menteri berhubung 95 ribu syarikat diberi kelulusan buka oleh MITI sepanjang tempoh ‘total lockdown’.

2. Menurut laporan itu lagi, kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan total lockdown, namun tindakan MITI itu mencetuskan bantahan dan pertengkaran.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/02/pertengkaran-panas-antara-menteri-tercetus-selepas-miti-benar-95000-syarikat-beroperasi/

3. Dalam kenyataan pada 31 Mei, MITI umum, surat kebenaran operasi perlu dimohon melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

4. Isunya ialah, jumlahnya terlalu banyak, meragukan dan beberapa syarikat non-essential diberi kelulusan MITI menjadi pertikaian.

5. Selain Carlsberg, seorang pemilik syarikat fotografi mendedahkan sendiri syarikatnya diberi kelulusan beroperasi meskipun tidak tersenarai sebagai essential service.

6. Beliau ‘cuba-cuba’ mengemaskini maklumat syarikatnya di CIMS, dan ‘tiba-tiba’ diberi kelulusan. (Nota: Syarikatnya tidak akan beroperasi kerana kekal patuh dengan larangan yang dikeluarkan MKN).

7. Terdapat juga dakwaan bahawa ada syarikat non-essential lain diberi kelulusan operasi seperti dilapor media – contohnya syarikat perabot kulit di Klang.

https://www.malaysiakini.com/news/577308

8. Memanglah ada kilang yang menipu. Daftar sebagai pengeluar PPE tetapi sebenarnya buat topi keledar. Namun pertikaiannya membabitkan jumlah besar 95 ribu yang diluluskan!

https://www.sinarharian.com.my/article/141885/BERITA/Semasa/Padah-tipu-MITI-kilang-buat-topi-keledar-diarah-tutup

9. Menteri MITI berdepan isu kemarahan rakyat dan dari kalangan kabinet sendiri – dakwaan buka pintu belakang, kelemahan sistem CIMS dan kewajaran beri kelulusan kepada terlalu banyak kilang. Tindakan ini sangat mengganggu kelancaran PKP dan menyusahkan usaha kesihatan.

10. 31 Mei lalu, Ketua Pemuda UMNO mencadangkan agar Menteri MITI tampil secara live di sidang media untuk menjelaskan rasional setiap industri kilang yang diluluskan atas nama essential service, antaranya kilang elektrik-elektronik.

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/4564327970263881

11. Menteri MITI tidak jawab. Sebaliknya Exco Armada Nasional, Saiful Bahari muncul secara tiba-tiba menyelar Asyraf Wajdi – “Otak di lutut”.

https://www.sinarharian.com.my/article/141711/BERITA/Politik/Memang-tugas-menteri-untuk-jawab-soalan

12. Masih senyap – “Telur di mulut”.

Sumber: Perak Today