“Tak sesuai untuk wanita Islam” – Netizen pertikai babak perkosa Hannah Delisha dalam drama ‘Lelaki Itu’

“Tak sesuai untuk wanita Islam” – Netizen pertikai babak perkosa Hannah Delisha dalam drama ‘Lelaki Itu’

 

Drama Lelaki Itu episod ke 28 dalam slot Samarinda yang ditayangkan pada malam tadi menunjukkan watak Sharifah Batrisyah lakonan Hannah Delisha diperkosa sekumpulan lelaki, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Mempunyai plot dan juga pengajaran yang baik seperti didakwa netizen sebelum ini, perkongsian terbaru TV3 mengenai episod seterusnya drama itu di media sosial nampaknya tidak diterima netizen.

Lelaki itu babak

Dalam babak sensitif itu, Batrisyah terdahulu lari dari rumah cuba meminta bantuan sekumpulan lelaki tersebut untuk menghantarnya ke rumah Khairullah yang merupakan bekas suami dan abang kandungnya sendiri.

Bagaimanapun sekumpulan lelaki terbabit mengambil kesempatan untuk memperkosanya di dalam semak secara bergilir-gilir sebelum meninggal Batrisyah.

Selepas kejadian itu, Batrisyah merangkak keluar dari tempat kejadian dan meninggal di tepi jalan sebelum ditemui orang awam.

Di media sosal, babak sensitif itu mengundang banyak kecaman netizen yang berpendapat tiada keperluan untuk melakonkan adegan sedemikian. Apatah lagi babak itu ditunjukkan pada tontonan umum.

“Cerita melayu kalau tak ada scene macam itu memang tak sah? Kadang-kadang tanpa sengaja anak-anak tertengok. Dah jadi satu hal kalau mereka bertanya. Boleh kot, buat adegan lain,” kata Zara Khairi.

“Aku memanglah nak watak Batrisyah dimatikan tetapi janganlah sadis macam ni. Tak sukalah scene macam ni. Buatlah dia kena langgar pun dah cukup,” kata Satra.

“Perlu ke buat sampai macam ni? K-Drama yang non muslim itu pun jaranglah buat tragis macam ni. Tak sesuai untuk wanita Islam. Hannah pula tu,” kata Nurzahila Wahida.