Lupa baca ‘review’ sebelum beli, nenek menung dapat periuk nasi besar dua jari

Lupa baca ‘review’ sebelum beli, nenek menung dapat periuk nasi besar dua jari

 

Ramai pelanggan hari ini gemar membeli-belah melalui pelbagai aplikasi dalam talian termasuk TikTok kerana harga barangan yang dijual di platform berkenaan murah dan berpatutan.

Namun, seorang wanita berdepan detik melucukan apabila sebuah periuk nasi yang ditempah melalui aplikasi itu diterima dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Nik Mah, rupa-rupanya barang yang dibeli bukanlah item sebenar, sebaliknya ia hanyalah periuk bersaiz mini sebesar dua jari manusia.

“Alahai… lapar (teringin) nak order (beli) juga dalam TikTok selepas tengok anak buat. Kita pun order juga dalam TikTok.

“Tengok dalam TikTok, ada periuk harga RM10.50, tengok dalam tu besar. Keluar-keluar (daripada bungkusan) saiz dua puntung jari. Memang diketawakan anak,” ujarnya dalam dielek Kelantan.

Menurut wanita itu lagi, periuk berkenaan akhirnya menjadi rebutan cucu-cucunya untuk dijadikan sebagai barang permainan.

“Alahai lapar nak order si emak. Kita terus order sebab tengok murah, ingatkan boleh letak beras (masak nasi). Cucu pakat berebut pula nak buat mainan,” ujarnya.

Video yang dikongsi wanita itu menerima lebih 1.5 juta tontonan dan turut dibanjiri komen oleh pelayar TikTok.

“Nak beli tengok yang orang komen dulu. Lepas tu tengok banyak mana dah terjual.

“Berapa butir beras boleh tanak ni?

“Lain kali baca reviu makcik,” pesan netizen.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka sebelum ini.

“Saya pernah order alas meja RM10. Sampai-sampai, sama besar dengan tuala muka.

“Mak saya pun order almari baju murah RM28. Sampai-sampai tengok sebesar tapak tangan anak.

“Aku pernah beli periuk RM5. Rupanya dapat keychain,” tulis netizen lagi.

@nik.mah43

♬ bunyi asal – Nik Mah – Nik Mah