Guna pintu kereta sebagai penghadang, wanita selamba buang ‘hajat’ di kawasan parkir

Guna pintu kereta sebagai penghadang, wanita selamba buang ‘hajat’ di kawasan parkir

 

Tular sebuah video memaparkan seorang wanita selamba buang hajat di kawasan parkir berdekatan dengan deretan kedai.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sekitar kawasan Bukit Indah, Johor Bahru pada Jumaat lalu, kira-kira jam 3.29 petang berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi video tular, jelas memaparkan seorang wanita dalam perjalanan menuju ke keretanya sebelum membuka pintu di bahagian pemandu serta pemandu.

Dia kemudiannya dilihat mencangkung dengan menjadikan kedua-dua pintu kereta tersebut sebagai penghadang sebelum wanita itu buang ‘hajat’.

Tidak lama kemudian, individu berkenaan cepat-cepat menyucikan diri dengan beberapa tisu sebelum masuk dalam kereta dan beredar dari kawasan itu.

Maklum pengguna Facebook yang memuat naik video tersebut, kejadian tersebut berlaku bersebelahan dengan sebuah restoran.

Ekoran itu, dia mempersoal tindakan wanita itu tanpa pergi ke premis berhampiran bagi meminjam tandas bagi membuang air besar.

“Apa pun, mungkin anda (pelaku) tidak faham (tahu), terdapat kamera litar tertutup  (CCTV) di hadapan anda.

“Video ini telah disunting tetapi ia tidak disunting secara berniat jahat. Ia hanya memotong beberapa bahagian bagi mempercepatkan proses,” maklum pengguna tersebut.

wanita selamba buang