Masuk Zoo Negara percuma dalam tempoh 30 hari dari tarikh hari lahir, ini cara nak tebus

Masuk Zoo Negara percuma dalam tempoh 30 hari dari tarikh hari lahir, ini cara nak tebus

 

Hari lahir merupakan salah satu hari yang sangat istimewa bagi seseorang individu. Pada hari tersebut, kita menzahirkan rasa syukur kepada Tuhan kerana masih dipanjangkan umur.

Selain itu, pada hari jadi juga biasanya akan diadakan sambutan sama ada secara kecil, sederhana atau besar sebagai tanda meraikan hari kita hadir ke dunia ini.

Dalam majlis itu, kita akan meniup lilin yang dipacak di atas kek sebagai simbolik yang mewakili usia kita. Kek yang dipotong kemudian diagihkan kepada para tetamu yang hadir dan dinikmati bersama-sama.

Ada juga yang menerima pelbagai hadiah daripada ahli keluarga dan kenalan rapat pada hari tersebut. Semuanya kerana masing-masing berasa gembira dan tumpang bahagia dengan hari penting berkenaan.

Namun begitu, sebenarnya ada lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan sempena hari jadi anda. Salah satunya adalah dengan melawat zoo.

Apatah lagi, rakyat Malaysia sebenarnya boleh melawat Zoo Negara secara percuma dalam tempoh 30 hari bermula daripada tarikh hari jadi masing-masing.

Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh Zoo Negara sendiri melalui satu hantaran di Instagram mereka baru-baru ini.

Cara hendak menebus tiket percuma berkenaan juga sangat mudah. Anda cuma perlu mengikuti langkah-langkah di bawah sahaja.

  • Hadir ke Kaunter B (Kaunter Maklumat) yang terletak di sebelah kiri pada pintu masuk utama Zoo Negara.
  • Tunjuk MyKAD/MyKID kepada petugas di kaunter tersebut untuk pengesahan.
  • Isi borang yang disediakan.
  • Ambil tiket anda di kaunter tiket walk-in.

Selesai, anda boleh menikmati hari anda di Zoo Negara secara percuma sempena hari jadi masing-masing. Mudah je kan.

Selamat mencuba.