“Malaysia is not Malaysian anymore it’s Bangladesh” – Ramai bengang warga asing selamba jual burger Ramly tepi jalan
![“Malaysia is not Malaysian anymore it’s Bangladesh” – Ramai bengang warga asing selamba jual burger Ramly tepi jalan “Malaysia is not Malaysian anymore it’s Bangladesh” – Ramai bengang warga asing selamba jual burger Ramly tepi jalan](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2024/05/WhatsApp-Image-2024-05-01-at-10.00.11-PM-e1714572053245.jpeg)
Netizen Malaysia terkejut dan mempersoalkan di mana penguatkuasa ketika warga asing berbangsa Bangladesh dengan selamba berniaga burger Ramly di tepi jalan.
Seorang influencer dari UK yang berada di Malaysia telah cuba untuk merasa sendiri burger Ramly yang sinonim dengan Malaysia.
Dan dia berjumpa dengan gerai burger yang dibuat oleh seorang warga Bangladesh.
Ada juga yang mahu tahu sama ada lelaki warga Bangladesh itu bekerja di situ atau memiliki perniagaan tersebut.
“Tolong siasat macamana dia boleh berniaga di situ, kalau orang tempatan yang sewakan, denda dia RM100k,” tulis pengguna X bernama Firdaus.
Lelaki warga asing itu dengan bangga menyatakan bahawa dia satu satunya rakyat Bangladesh yang pandai membuat burger Ramly.
Peraturan untuk pengendalian makanan di Malaysia sangat ketat. Jadi netizen mahu tahu, bagaimana warga Bangladesh itu boleh mengendalikan premis FNB, adakah dia sudah memiliki suntikan typhoid?
Seorang netizen menyatakan dia paling tak suka dengan orang yang memakai sarung tangan hitam dan memegang semua benda dengan sarung tangan tersebut ketika mengendalikan makanan.
Perkataan yg paling aku sakit hati dgr "Malaysia is not Malaysian anymore it's Bangladesh" influencer Bangla ni ckp .. area mana ni??. Agak² apa korang rasa yer. Penguatkuasa mana!! @imigresenmy please take actions pic.twitter.com/txnUh96j3i
— fahaizalzee (@Vandeeta3) May 1, 2024
Netizen kemudian meminta penguatkuasa segera bertindak. Dan ada yang menganggap warga asing sekarang semakin melampau.
Lebih menyakitkan hati apabila influencer tersebut berkata: “Malaysia ni bukan milik orang Malaysia lagi dah, ianya [milik] Bangladesh.”