“Dunia ni dah terlalu tenat, penuh dengan fitnah” – Ruhainies bersuara, perjelas video bersama Aliff Aziz

“Dunia ni dah terlalu tenat, penuh dengan fitnah” – Ruhainies bersuara, perjelas video bersama Aliff Aziz

 

Pelakon Ruhainies perjelas video berjubah putih bersama aktor Aliff Aziz serta sekumpulan individu lain di sebuah lapangan terbang.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ruhainies di IG storynya, dia memberitahu video itu diambil ketika mereka menjalani penggambaraan untuk drama terbaharu.

 

Tegas aktres yang berusia 32 tahun itu lagi, krew produksi juga berada di lokasi yang sama dan berpendapat betapa mudahnya manusia bersangka buruk terhadap dirinya.

“Kurang 15 minit video tu dah viral di TikTok, Instagram, Facebook.. Itu menunjukkan betapa teruknya mentaliti kita, penuh dengan benda-benda negatif. Tu video orang berdoa sebelum mula bekerja (shooting).

“Dunia ni dah terlalu tenat dan penuh dengan fitnah. Terlalu banyak fake news yang mudah media gula-gulakan kepada netizen tanpa unsur periksa demi mengejar views,” katanya.

“Krew di mana-mana, dengan walkie talkie. Semua orang pun tahu kami masing dalam penggambaran drama. Dan dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering.

Sehubungan itu, Ruhainies meminta kepada orang ramai supaya menjaga pertuturan terutamanya dalam bulan Ramadan ini serta menitipkan nasihat agar masing-masing muhasabah diri.

“Jaga lidah, jaga lisan. Hari ni Jumaat dalam bulan Ramadan. Muhasabah. Pesanan pada diri sendiri juga. Semoga doa yang baik atau sebaliknya berbalik pada anda juga. Amin,” ujarnya lagi.

Sebentar tadi, kecoh di media sosial apabila Ruhainies memuat naik sebuah video bersama aktor Aliff Aziz serta sekumpulan individu lain di lapangan terbang.

Terdahulu, nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi bualan hangat ramai apabila mereka dilaporkan ditangkap khalwat oleh pihak JAWI di sebuah kondominium mewah di ibu negara.