Ruhainies menangis, trauma selepas kes khalwat dengan Aliff Aziz

Ruhainies menangis, trauma selepas kes khalwat dengan Aliff Aziz

 

Pelakon sensasi, Ruhainies bersungguh minta maaf dan membuka mulut berhubung pelbagai kontroversi yang melibatkan dirinya sejak kebelakangan ini.

Menerusi siaran Melodi di TV3 tengah hari tadi, pelakon tersebut tampil memohon maaf berkali-kali kepada Bella Astillah berhubung apa yang sudah berlaku antara mereka selepas isu tangkap khalwat dengan aktor, Aliff Aziz awal Mac lalu.

Dalam video temu bual bersama sumber, Ruhainies memaklumkan sebenarnya dia mahu menyelesaikan isu ini sejak awal lagi, namun dia perlu menyelesaikan baki pengambaran dan juga menunaikan umrah sebelum tidak berapa sihat setelah pulang ke Malaysia.

Ujarnya, dia sendiri alami trauma selepas insiden tangkap khalwat dan berasa terkejut dengan apa yang berlaku kerana merasakan ia adalah titik hitam dalam kerjaya seni serta kehidupannya.

@melodiberapi

Pelakon wanita @ruhainies7 akhirnya tampil di Melodi untuk menjernihkan keadaan dan berharap agar dapat berdamai dengan semua…Semoga selesai dengan baik #fyp #fypシ #fypシ゚viral #meloditv3 #ruhainies

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Disebabkan tindakannya Ruhainies bersungguh minta maaf dan membetulkan keadaan, wartawan sumber,  Michelle Wee telah cuba menghubungi Bella Astillah bagi membolehkan dua wanita tersebut berhubung.

Walaupun panggilan berjawab, Bella telah memilih mematikan panggilan tersebut. Tindakan berkenaan dilihat agak spontan namun masing-masing memahami apa yang dilakukan oleh selebriti berkenaan.

Pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, yang menjawab beberapa soalan sehingga menangis mengakui bahawa apa yang berlaku adalah satu pengajaran buatnya dan berharap agar dapat sama-sama berdamai walaupun tahu ia agak sukar.

Dia akui sangat terkesan dengan pelbagai kontroversi yang berlaku dan merasakan semua ini adalah ujian berat untuknya.

Walaupun tidak menjelaskan apa-apa, dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana bimbang ia akan berterusan.

“Kalau Anis bagi statement, orang lain bagi statement benda ni bila nak elok. Apa yang Anis harapkan adalah semua pihak bersatu semula.

“Anis tahu ianya sangat susah untuk Bella untuk terima, Anis pulak of courselah tak memaksa Bella terima Anis balik….”

“Anis cuma harap sekarang ni, pihak sana boleh memaafkan, pihak yang terpalit juga dapat memaafkan…” ujar Ruhainies.

@melodiberapi

Dengar dahulu penjelasan pelakon wanita Ruhainies mengenai kontroversi yang menimpa dirinya. Saksikan di Melodi jam 12.30 tengah hari di Tv3.#fyp #fypシ #fypシ゚viral #meloditv3 #ruhainies

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Kontroversi melibatkan mereka bertiga kembali panas minggu ini setelah muncul watak baru iaitu Sarah Yasmine yang mendedahkan beberapa tangkapan layar mesej perbualan antara Aliff dan Ruhainies yang seakan mahu menjatuhkan Bella.

Beberapa nama lain juga terlibat sama sehingga masing-masing membuat video permohonan maaf dan menjelaskan situasi sebenar apa yang berlaku ketika itu sehingga mereka juga terheret sama dalam kontroversi panas terbabit.