Wanita dipaksa bersalin normal walaupun bayi songsang, kepala terputus & ‘tertinggal’ dalam rahim

Wanita dipaksa bersalin normal walaupun bayi songsang, kepala terputus & ‘tertinggal’ dalam rahim

 

Bergantung kepada situasi tertentu, segelintir ibu hamil terpaksa menjalani proses bersalin secara czer walaupun jauh di sudut hati mereka mahu melahirkan dengan cara normal.

Pun begitu, czer atau normal bukanlah satu masalah besar asalkan bayi dapat dikeluarkan dalam keadaan selamat.

Malangnya dalam satu kejadian menyayat hati, seorang wanita berusia 38 tahun terpaksa menelan hakikat pahit setelah bayi yang dikandung selama 9 bulan pergi buat selamanya saat hendak dilahirkan.

Difahamkan waktu itu, si ibu sebenarnya sudah terkena jangkitan dan kandungannya pula berada dalam keadaan songsang (terbelit).

Walaupun pihak medik seharusnya bertindak pantas menjalankan kaedah czer, mereka didakwa terus memaksakan kelahiran secara normal.

Akibat daripada kecuaian terbabit, kepala bayi berkenaan dikatakan ‘terpisah’ daripada badan sebelum tertinggal dalam rahim si ibu.

Sebelum ini, wakil pusat rawatan itu sudah mengakui kejadian terbabit dan memberikan penjelasan terperinci kepada pihak keluarga.

Walaupun awalnya menerima, mereka akhirnya bersepakat memfailkan laporan polis dan kini pihak berkuasa sudah memulakan siasatan terhadap beberapa saksi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 14 April lalu bertempat di Kota Banjarmasin, Indonesia. Si ibu yang kini berpantang tanpa anak di sisi masih menerima rawatan lanjut.